Buffet Ramadan 2025: Restoran Sisik Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang,

Bulan Ramadan adalah masa yang penuh makna, dan salah satu cara terbaik untuk mengisi perut selepas seharian berpuasa adalah dengan menikmati hidangan yang lazat dan menyelerakan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Bagi korang yang mencari tempat berbuka puasa yang menawarkan lebih 150 jenis juadah enak, Restoran Sisik Ikan Bakar di Kelab Shah Alam, Selangor, yang bertemakan "Sisik Royal Buffet" pastinya pilihan terbaik untuk berbuka puasa di Shah Alam.

Sisik Royal Buffet: Pilihan Terbaik Berbuka Puasa di Kelab Shah Alam


Lokasi Menarik di Atas Bukit dengan Pemandangan Menawan

Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Restoran Sisik menawarkan suasana yang tenang dan santai dengan pemandangan indah dari atas bukit. 

Selain menikmati hidangan yang lazat, pelanggan juga dapat menikmati persekitaran yang nyaman dan menenangkan, menjadikannya tempat yang ideal untuk berbuka puasa. 

Di samping itu, lokasi ini dilengkapi dengan kemudahan seperti kawasan parkir luas, surau, dan tandas, memudahkan pelanggan untuk menikmati hidangan tanpa rasa risau.






Sisik Royal Buffet: Lebih 150 Juadah untuk Semua Selera

Sisik Royal Buffet, menawarkan lebih 150 jenis hidangan yang pastinya memenuhi pelbagai selera semua orang terutamanya mereka yang minat dengan menu bakar-bakar seperti ikan atau seafood bakar. 
Dari ikan patin masak tempoyak durian fresh yang kaya dengan rasa, ikan bakar, kambing grill, gulai kawah, daging salai lemak, hingga udang dan sotong goreng tepung yang rangup, semuanya dihidangkan dengan penuh rasa dan kualiti.




Hidangan istimewa seperti Patin Tempoyak Air Bukit, yang menjadi bintang utama Sisik, pastinya akan membuatkan korang kecur air liur. 

Ditambah dengan nasi kenduri yang lazat bersama ayam merah dan jelatah, pilihan seafood goreng tepung, serta mi seperti laksa dan takoyaki, setiap suapan pasti memuaskan selera.





Pengalaman dan Kepercayaan Pelanggan Setia

Restoran Sisik Shah Alam bukan sahaja terkenal dengan hidangan yang enak, tetapi juga dengan reputasinya yang kukuh sejak ditubuhkan pada tahun 2011 di Klang.  Restoran ini menjadi pilihan ramai kerana komitmennya dalam menyediakan hidangan yang berkualiti dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Ini sebenarnya tahun kedua mereka beroperasi di Kelab Shah Alam, dan tahun pertama menawarkan pakej buffet berbuka puasa selepas mendengar permintaan ramai yang mahu menikmati buffet di sini.



Buffet Ramadan 2025 | Restoran Sisik Shah Alam

👉 Buffet Ramadan 2025 di Restoran Sisik Shah Alam pada 3 Mac - 28 Mac 2025.
⭐ Buffet Ramadan 2025 berbaloi yang bertemakan 'Pesta Sajian Rasa'.
⭐ Berbuka di The Pearl Kuala Lumpur dengan feeling suasana food truck di bazar Ramadan!
⭐ Ada lebih daripada 30+ gerai makanan yang menyajikan makanan yang korang boleh cuba.
✅ Ada lebih daripada 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa!
🤩 Menarik di sini: Mee Tarik Chinese Muslim, Gyoza, Dumpling, Lok Ching, Sup Tulang Rawan, Satay Kajang, Kambing Panggang, Nasi Briyani & Shell Out.
👉 Dapat peluang untuk menang hadiah misteri melalui kotak misteri.
⭐ Sepanjang Ramadan, ada solat Maghrib, Isyak & Tarawih berjemaah disini!



Tarikh buffet berbuka di Restoran Sisik Shah Alam:
3 Mac - 28 Mac 2025.
Masa: 6.30pm - 10.00pm

Harga Buffet Ramadan 2025 Restoran Sisik Shah Alam
Early bird (3 - 9 Mac 2025):
Dewasa RM118.00, Kanak-kanak RM68.00⁣, Warga emas RM98.00

Harga biasa:
Dewasa RM138.00, Kanak-kanak RM78.00⁣, Warga emas RM118.00

 Sisik Medan Ikan Bakar

Kelab Shah Alam, 1A, Jalan Aerobik 13/43,
Persiaran Kayangan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Contact: 0162240474 | 01161811167

Website: sisikmedanikanbakar.com
Instagram: www.instagram.com/sisikmedanikanbakar
Facebook: www.facebook.com/restoransisik


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS