Bufet Ramadan 2025: D'Anjung Astacona Port Dickson

Assalamualaikum dan hai korang,

Bila masuk bulan puasa, mesti ramai yang mula cari tempat berbuka yang sedap, selesa, dan paling penting, berbaloi dengan harga. Kalini saya bawa korang berbuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kalau korang tengah mencari bufet Ramadan murah tapi penuh dengan hidangan lazat, Dewan D'Anjung Astacona, Port Dickson adalah pilihan terbaik! Dengan harga serendah RM23 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak, korang boleh menikmati lebih 50 jenis juadah setiap hari.

Bufet Ramadan di Dewan D'Anjung Astacona, Port Dickson diuruskan oleh Azlyn Catering Management, yang merupakan satu-satunya katering di Negeri Sembilan yang ada sijil Halal. Orang PD mesti kenal katering ni sebab sebelum ni ramai pakai khidmat mereka untuk majlis perkahwinan.



Dewan D'Anjung Astacona, Port Dickson dimiliki oleh Azlyn Catering Management yang sebelum ini memang terkenal dengan bufet Ramadan termurah di kawasan Port Dickson. Azlyn Catering Management diasaskan oleh Haji Mohamad Fadzil sejak dari tahun 1996 lagi.

Berbekalkan pengalaman yang banyak didalam bidang katering dan penyediaan makanan, Azlyn Catering Management memang banyak pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka pada majlis perkahwinan, nikah, majlis-majlis keraian dan banyak lagi.

Pengasas Azlyn Catering Management Haji Mohamad Fadzil bersama isteri, Hajah Haslinda



Apa Yang Best di Bufet Ramadan D'Anjung Astacona?

Kambing Bakar Setiap Hari - Ini memang highlight utama! Daging kambing diperap sempurna, dibakar hingga juicy dan disajikan dengan sos istimewa.




Lauk-Pauk Tradisional Negeri Sembilan & Pelbagai Pilihan Menu

Ada banyak pilihan menu termasuklah lauk-pauk Negeri Sembilan yang akan dihindagkan disini sepanjang bulan Ramadan termasuklah: 

✅ Daging salai masak lemak cili api yang pekat dan pedas kaw!
✅ Ayam percik bakar, lembut dan berempah.
✅ Ayam masak merah, ayam masak lemak kurma, ayam masak kicap, ayam goreng
✅ Daging dendeng & daging kari kurma.
✅ Sup tulang dan tomyam campur yang penuh rasa umami.
✅ Ikan bakar (pari/kembung) dengan cicah special!
✅ Ikan masak asam pedas, ikan keli belada, telur ikan sweet sour.
✅ Pelbagai ulam-ulaman dengan sambal belacan & sambal hijau.




Pilihan Hidangan Untuk Kanak-Kanak

Nugget, sosej, ayam seringgit – sesuai untuk si kecil yang cerewet makan!

Pencuci Mulut & Minuman yang Menggoda

Pengat labu, bubur lambuk, bubur kacang hijau & pulut hitam.
Kuih tradisional & rojak buah untuk pencuci mulut.
Air balang 6 rasa, teh tarik & kopi O.



Tempat Luas & Lengkap Dengan Kemudahan Solat

Tak perlu risau nak solat! D'Anjung Astacona menyediakan ruang solat yang selesa dan juga kemudahan solat tarawih bagi yang ingin terus beribadah selepas berbuka. 

Dengan kapasiti 450-470 pax dalam satu masa, tempat ini memang sesuai untuk berbuka ramai-ramai bersama keluarga, kawan-kawan atau geng pejabat!


Nak Buat Majlis Kahwin? Mereka Juga Sediakan Pakej Perkahwinan!

Bukan sekadar bufet Ramadan, D’Anjung Astacona juga menawarkan pakej perkahwinan lengkap! Dengan dewan yang luas dan suasana yang eksklusif, ia adalah pilihan ideal untuk majlis impian anda. Nak tahu lebih lanjut? Hubungi mereka untuk pakej yang tersedia!


Bufet Ramadan Murah di Port Dickson – Serendah RM23 di D'Anjung Astacona!

👉 Bufet Ramadan 2025 di D'Anjung Astacona, Port Dickson pada 8 - 29 Mac 2025.
⭐ Nikmati lebih 50 hidangan lazat setiap hari.
⭐Must try: Kambing Bakar, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Percik Bakar, Ikan Bakar, Pasembor, Rendang Pucuk Ubi, Daging Dendeng & banyak lagi!
✅ Pelbagai juadah panas & lauk-pauk tradisional Negeri Sembilan. 
💍Ada juga pakej perkahwinan - Dewan luas & suasana eksklusif untuk majlis impian.

Tarikh & harga buffet berbuka di D'Anjung Astacona, Port Dickson:

8 Mac - 29 Mac 2025.
Masa: 6.00pm - 9.00pm

Harga Buffet Ramadan 2025 D'Anjung Astacona, Port Dickson
Early bird (Sebelum 7 Mac 2025): 10% Off

Harga biasa:
Dewasa RM23.00, Kanak-kanak RM15.00⁣, OKU Percuma

Dewan D'Anjung Astacona
LOT 168, Jalan Seremban, Kampung Bahasa Kapor, 
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Untuk tempahan: 
019-619 6677 (HJ Fadzil)
016-933 7117 (Faten)
 011-317 90317 (Raihan)
011-6562 7117 (Sufieyza)


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS