Hai dan Salam Sejahtera korang!
Sambutan Tahun Baru Cina memang sinonim dengan hidangan istimewa, dan tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) mengambil peluang dengan memperkenalkan hidangan Ayam Oren, yang pasti menggamit selera dan memeriahkan suasana makan besar.
Bagi korang yang sedang mencari kelainan sempena musim perayaan ini, Ayam Oren TCRS adalah pilihan yang tepat. Korang boleh nikmati hidangan ini di semua cawangan TCRS seluruh negara dari sekarang sampai 23 Februari 2025.
Ayam Oren yang telah mula dihidangkan sejak 27 Januari 2024 yang lalu, merupakan satu menu yang menggabungkan elemen tradisional Tahun Baru Cina dengan sentuhan moden yang sangat menyelerakan.
Ayam yang disalut dengan sos oren dan halia memberikan keseimbangan rasa yang unik. Tambah lagi dengan kemanisan dari buah oren segar dicampur dengan sedikit rasa pedas, menjadikan hidangan ini sempurna untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan.
Bila makan je, boleh rasa kerangupan biji bijan panggang di atas setiap ketul ayam yang bukan sahaja memberi tekstur menarik, tetapi juga menambah lagi dimensi rasa. Gabungan antara rasa manis dan pedas ini memberikan sensasi yang unik, menjadikannya pilihan hidangan yang sesuai untuk meraikan musim perayaan ini.
Pilihan Set Perayaan Untuk Semua
Korang boleh cuba set menu Ayam Oren di TCRS. Harga set bermula daripada RM21.90.
⭐Set Ong-ly Me:
Sesuai untuk mereka yang makan seorang diri, set ini memberi peluang untuk menikmati Ayam Oren dengan portion yang sempurna untuk satu orang.
⭐Set Ong You & Me:
Untuk pasangan yang ingin menikmati hidangan bersama-sama, set ini memberi dua portion Ayam Oren lengkap dengan hidangan lain yang pasti membangkitkan semangat perayaan.
⭐ Set Ong Like Us:
Set ini adalah pilihan terbaik untuk keluarga atau kumpulan yang ingin menikmati hidangan bersama. Dengan portion yang banyak, set ini mampu memenuhi selera sehingga empat orang—sesuai untuk perjumpaan keluarga atau sahabat.
Minuman Ong-ren Bliss – Penyegar Yang Sempurna
TCRS turut menawarkan minuman Ong-ren Bliss, sebuah minuman yang menyegarkan dengan gabungan rasa manis dan pedas yang menyelaraskan cita rasa hidangan tersebut. Sesuatu yang menarik dan sempurna untuk menyegarkan tekak selepas menikmati hidangan berat!
Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS,
"Oren adalah simbol kemakmuran dan nasib baik dalam sambutan Tahun Baru Cina, dan mereka berhasrat untuk mengubah buah bertuah ini menjadi hidangan yang penuh makna, yang tidak hanya menghormati tradisi, tetapi juga membawa inovasi dalam setiap suapan.""Ayam Oren TCRS tidak hanya mencipta sebuah hidangan, tetapi memberi makna baru kepada sambutan Tahun Baru Cina dengan menyampaikan harapan akan kemakmuran dan peluang yang akan datang.".
Jangan lepaskan peluang untuk rasa menu terbaru The Chicken Rice Shop, Ayam Oren sempena dengan musim perayaan ini sebelum 23 Februari 2025!
The Chicken Rice Shop
Website: www.thechickenriceshop.com
Facebook: www.facebook.com/thechickenriceshop
Till then,
Zayani Zulkiffli.
0 Comments