Buffet Ramadan 2025: TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Ramadan 2025 bakal tiba, dan pastinya ramai yang sudah mula merancang tempat terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai. Korang boleh nikmati bufet berbuka puasa dengan 172 hidangan istimewa di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

Menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur akan mengadakan buffet Ramadan 2025 dengan tema "Ramadhan Extravaganza" pada 2 Mac hingga 30 Mac 2025 di Melo Cafe & Deli atau di Ballroom mereka.



Pakej Penginapan Istimewa Ramadan

Selain berbuka puasa, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur juga menawarkan pakej penginapan Ramadan bagi yang ingin menunaikan ibadah dengan lebih selesa. Dengan hanya RM160+ untuk Dua Hari Satu Malam (2H1M), anda boleh menikmati sahur percuma untuk dua orang serta diskaun 20% untuk bufet Ramadan.

Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Kampung Bharu, menjadikannya lokasi yang ideal untuk menunaikan solat Tarawih, Tadarus dan Qiamullail.




Bufet Ramadan dengan Lebih 172 Pilihan Hidangan

Bermula dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur akan menyajikan bufet berbuka puasa yang berlangsung di Restoran Suasanae27, Aras 27, serta di Melo Cafe & Deli atau Ballroom mereka.

Dengan lebih 172 jenis hidangan, para tetamu boleh menikmati pelbagai juadah tradisional Melayu yang menjadi kegemaran ramai serta sajian antarabangsa yang menggoda selera.

Menurut Chef Eksekutif Azizul Bin Mohd Noor, menu Masakan Warisan Tradisi Melayu masih menjadi pilihan utama kerana ia sinonim dengan selera rakyat Malaysia. Antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai termasuk:

✅ Nasi Kambing Tagine Dulang Besar
✅ Sup Gear Box
✅ Gulai Daging Batang Pisang
✅ Sup Kepala Ikan (menu baharu tahun ini!)





Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai pilihan ulam-ulaman, sambal kampung, serta hidangan utama seperti:

🥘 Ayam Rendang Pedas
🥘 Patin Gulai Tempoyak
🥘 Kari Sotong ‘Ala Utara’
🥘 Stir-fried Chili Prawn
🥘 Daging Salai Masak Lemak
🥘 Paru Goreng Sambal Bawang
🥘 Masakan Lemak Putih Pucuk Ubi bersama Keledek




16 Gerai Makanan dengan Hidangan Istimewa

Bagi yang gemar mencuba makanan dari pelbagai gerai, terdapat 16 gerai makanan yang menyajikan:

🍜 Laksa Penang & Mee Goreng Mamak
🥗 Rojak Pasembur & Goreng-Gorengan
🍢 Satay Ayam & Satay Daging
🍞 Murtabak & Roti John
🥩 Roasted Whole Lamb & Chicken Shawarma
🍕 Pelbagai jenis pizza & pasta di Western Corner
🍩 Gerai Donut dengan pelbagai topping

Selain itu, pencuci mulut yang pelbagai juga disediakan termasuk Kuih Melayu, Pavlova, Cheese Cake, Sagu Gula Melaka, Pulut Durian dan banyak lagi.




Suasana Eksklusif di TAMU Sky Lounge & Sky View

Untuk pengalaman berbuka yang lebih peribadi dan eksklusif, anda boleh membuat tempahan di TAMU Sky Lounge (Aras 40) & Sky View (Aras 42).

Nikmati suasana santai dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur sambil menikmati Daging Wagyu Halal yang juicy dan melt-in-the-mouth – hidangan premium yang pastinya membuka selera!


Buffet Ramadan 2025 | TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur

👉 Buffet Ramadan 2025 di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur pada 2 Mac - 30 Mac 2025.
⭐ Buffet Ramadan 2025 berbaloi yang bertemakan 'Ramadhan Extravaganza'.
⭐ Ada lebih daripada 172 gerai makanan yang menyajikan makanan yang korang boleh cuba.
✅ Ada lebih daripada 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa!
🤩 Menarik di sini: Mee Tarik Chinese Muslim, Gyoza, Dumpling, Lok Ching, Sup Tulang Rawan, Satay Kajang, Kambing Panggang, Nasi Briyani & Shell Out.
👉 Dapat peluang untuk menang hadiah misteri melalui kotak misteri.
⭐ Sepanjang Ramadan, ada solat Maghrib, Isyak & Tarawih berjemaah disini!

Harga Bufet Ramadan 2025 & Tempahan Awal

Tarikh buffet berbuka di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur:
2 Mac - 30 Mac 2025.
Masa: 6.30pm - 10.00pm

Harga Buffet Ramadan 2025 TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
Early bird (Sebelum 28 Februari 2025):
Dewasa RM99.00+

Harga biasa:
Dewasa RM169+, Kanak-kanak RM70+⁣, Warga emas RM75+

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
120, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur
Contact: 03-26031999
Website: www.tamuhotel.com
Facebook: www.facebook.com/TamuHotelandSuites

Untuk tempahan: Whatsapp: 019-3039360


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS