Buffet Ramadan 2025: Royale Chulan Seremban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini, Royale Chulan Seremban akan mengadakan buffet Ramadan 2025 dengan tema "Warna Rasa Ramadan" pada 3 Mac hingga 30 Mac 2025 di Asiatique Restaurant, Royale Chulan Seremban.

Tahun ini, Royale Chulan Seremban menghidangkan pengalaman berbuka yang luar biasa dengan buffet bertemakan Warna Rasa Ramadan, menampilkan lebih daripada 150 hidangan lauk pauk serta lebih 10 gerai aksi langsung yang menyajikan hidangan istimewa dari pelbagai pelosok Malaysia.

Nikmati Sajian Tradisional Negeri Sembilan

Bagi penggemar masakan tradisional, Royale Chulan Seremban membawakan menu khas Negeri Sembilan yang pasti menggamit nostalgia seperti Paru Berlado, Rendang Pucuk Ubi, dan Daging Salai Lemak Mangga Muda. Setiap hidangan disediakan dengan teliti oleh chef berpengalaman untuk memastikan keaslian rasa dan kualiti terbaik.

Selain itu, tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan popular lain seperti Kawah Oxtail Asam Pedas, Rendang Itik Pucuk Maman, Nasi Hujan Panas, Pasembor, Cucur Kurma, Yong Tau Foo, Shawarma, Sotong dan Ikan Bakar, Satay, Serawa Durian, serta Kambing Panggang. Memang rambang mata dibuatnya!






Kemudahan Lengkap untuk Pengalaman Berbuka yang Sempurna

Royale Chulan Seremban bukan sahaja menawarkan makanan yang lazat, malah menyediakan kemudahan solat dan tempat wuduk yang bersih dan selesa. Ini membolehkan tetamu menikmati juadah dengan tenang tanpa perlu tergesa-gesa pulang untuk solat. 

Selain itu, ruang parkir yang luas menjadikan pengalaman berbuka di sini lebih lancar dan selesa.


Korang tahu tak, selain daripada seleksi makanan lauk pauk, di buffet Ramadan Royale Chulan Seremban 2025 turut menghidangkan pelbagai seleksi pilihan pencuci mulut dan kuih muih tradisional khas untuk pencinta dessert.






Buffet Ramadan 2025 di Royale Chulan Seremban – Hidangan Tradisi dengan Sentuhan Istimewa!

👉 Buffet Ramadan 2025 di Royale Chulan Seremban pada 2 Mac - 30 Mac 2025.  
⭐ Nikmati lebih 150 hidangan tradisional & moden, termasuk Paru Berlado, Rendang Pucuk Ubi, Daging Salai Lemak Mangga Muda, Kambing Panggang, Pasembor, Serawa Durian & banyak lagi!
✅ 10 gerai masakan panas dengan pelbagai juadah istimewa.  
🤩 Kemudahan lengkap: Ruang solat & wuduk yang selesa, serta parkir luas untuk pengalaman berbuka tanpa gangguan.  



Tarikh & harga buffet berbuka di Royale Chulan Seremban:

3 Mac - 30 Mac 2025.
Masa: 6.30pm - 10.00pm

Harga Buffet Ramadan 2025 Royale Chulan Seremban
Early bird (Sebelum 30 Februari 2025):
RM110.00

Harga biasa:
Dewasa RM130.00, Kanak-kanak RM80.00⁣, Warga emas RM100.00

Royale Chulan Seremban
Jalan Dato A.S Dawood, Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan
Phone: 06-766 6666


Korang juga boleh berbuka di cawangan Royale Chulan Hotels & Resorts di seluruh Malaysia:

Royale Chulan Kuala Lumpur

Tarikh: 3 - 29 Mac 2025
Harga: RM228 nett (dewasa) | RM110 nett (kanak-kanak) | RM188 nett (warga emas)
Menu istimewa: Udang Nestum, Kerabu Maggi, Ikan Bakar Portuguese, Kambing Golek, Nasi Kerabu, Air Balang
Contact: 019-325 4718 

Royale Chulan Damansara

Tarikh: 2 - 29 Mac 2025
Harga: RM178 nett (dewasa) | RM98 nett (kanak-kanak) | RM148 nett (warga emas)
Menu istimewa: Kambing Golek, Asam Pedas Pari, Serawa Durian, BBQ & Lok-Lok Live Station
 Contact: 03-7959 9000 (ext:1409) |  WhatsApp: 016-220 0397

Royale Chulan The Curve

Tarikh: 2 - 29 Mac 2025
Harga: RM149 nett (dewasa) | RM99 nett (kanak-kanak) | RM119 nett (warga emas)Menu istimewa: Kambing Golek, Bubur Lambuk, Nasi Bekwoh, Apam Balik, Dodol
Contact: 03-7843 1111 

Royale Chulan Penang

Tarikh: 2 - 30 Mac 2025
Harga: RM128++ (dewasa) | RM88++ (warga emas) | RM68++ (kanak-kanak)
Menu istimewa: Sup Tulang Rawan, Nasi Mandy Kambing, Gulai Kawah Daging Utara, Kuih Muih Tradisional
Contact: 04-259 8888 | WhatsApp: 016-330 3408

Royale Chulan Cherating

Tarikh: 3 - 29 Mac 2025
Harga: RM123++ (dewasa) | RM70++ (warga emas & kanak-kanak)
Menu istimewa: Kambing Golek, Shawarma, Ikan Bakar Sambal Petai, ABC, Cendol
Contact: 09-584 7333 | WhatsApp: 016-205 0902 / 016-205 9704

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS