Buffet Ramadan 2025: The Pearl Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini, The Pearl Kuala Lumpur akan mengadakan buffet Ramadan 2025 dengan tema "Pesta Sajian Rasa" pada 3 Mac hingga 28 Mac 2025 di Melo Cafe & Deli atau di Ballroom mereka.

The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Tingkat 5, Pearl Point Shopping Mall merupakan sebuah salah satu hotel yang bakal menghidangkan buffet Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan dengan lokasi yang terletak di Lembah Klang.


Selain daripada menghidangkan pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan, pelanggan yang berbuka puasa di The Pearl Kuala Lumpur sepanjang 3 Mac hingga 28 Mac 2025 juga berpeluang untuk dapat hadiah misteri melalui kotak misteri.

Banyak hadiah menarik yang ditawarkan, termasuklah barangan berjenama premium seperti Louis Vuitton, Gucci, Tag Heuer, iPhone, Chanel, YSL, MAC, Jo Malone dan L’Occitane. Kalau tak ada rezeki nak dapat hadiah berjenama, korang pun boleh dapat banyak baucar dari pusat membeli-belah seperti B.I.G, Watsons, Anytime Aroma, Starbucks, Old Town, llao llao, Homes Harmony, Hope Salon, Manekineko Karaoke, dan baucar hotel.




Dengan lebih daripada 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa, dari pembuka selera hingga hidangan utama dan pencuci mulut, setiap menu yang dihidangkan dengan rasa uniknya yang tersendiri dan lain daripada tahun sebelum ini.

Dengan banyak konsep gerai food truck, Buffet Ramadan 2025: The Pearl Kuala Lumpur akan lebih meriah dengan pelbagai gerai seperti:
⭐ Gerai Mee Tarik Chinese Muslim
⭐ Gerai Dumpling Chinese Muslim
⭐ Gerai Lok Ching
⭐ Nasi Briyani Ayam
⭐ Gerai Shell Out
⭐ Gerai BBQ
⭐ Warung Lemang
⭐ Warung Satay Kajang
⭐ Gerai Dim Sum
⭐ dan banyak lagi.






Yang menarik korang boleh cuba pada tahun ini adalah: Mee Tarik Chinese Muslim, Gyoza, Dumpling, Lok Ching, Sup Tulang Rawan, Lemang, Satay Kajang, Kambing Panggang, Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Ayam, Shell Out, Gerai BBQ, Pasta Spaghetti dan tidak lupa pencuci mulut yang menyelerakan seperti Gerai ABC, Sago Gula Melaka, Aneka kuih-muih dan banyak lagi. 

Selain daripada makanan yang dihidangkan oleh Melo Café & Deli ni memang sedap, deorang pun ada status Halal. Itu yang paling penting kan.





Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Kami juga turut menjemput imam bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Terletak di Aras 5, tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalamatau di luar sambil menikmati hidangan lazat. Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang manakala ballroom kami mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu-satu masa dan pastinya ia merupakan lokasi berbuka puasa yang tepat untuk menghargai detik-detik bersama keluarga, rakan dan insan yang tersayang.





Buffet Ramadan 2025 | The Pearl Kuala Lumpur

👉 Buffet Ramadan 2025 di The Pearl Kuala Lumpur pada 3 Mac - 28 Mac 2025.
⭐ Buffet Ramadan 2025 berbaloi yang bertemakan 'Pesta Sajian Rasa'.
⭐ Berbuka di The Pearl Kuala Lumpur dengan feeling suasana food truck di bazar Ramadan!
⭐ Ada lebih daripada 30+ gerai makanan yang menyajikan makanan yang korang boleh cuba.
✅ Ada lebih daripada 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa!
🤩 Menarik di sini: Mee Tarik Chinese Muslim, Gyoza, Dumpling, Lok Ching, Sup Tulang Rawan, Satay Kajang, Kambing Panggang, Nasi Briyani & Shell Out.
👉 Dapat peluang untuk menang hadiah misteri melalui kotak misteri.
⭐ Sepanjang Ramadan, ada solat Maghrib, Isyak & Tarawih berjemaah disini!

Buffet Ramadan 2025: The Pearl Kuala Lumpur

Tarikh buffet berbuka di The Pearl Kuala Lumpur:
3 Mac - 28 Mac 2025.
Masa: 6.30pm - 10.o0pm

Harga Buffet Ramadan 2025 The Pearl Kuala Lumpur
Early bird (3 - 9 Mac 2025):
Dewasa RM118.00, Kanak-kanak RM68.00⁣, Warga emas RM98.00

Harga biasa:
Dewasa RM138.00, Kanak-kanak RM78.00⁣, Warga emas RM118.00

The Pearl Kuala Lumpur
Pearl Point Shopping Mall, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur
Phone: 03-7983 1111

Website: www.pearl.com.my
Instagram: www.instagram.com/thepearlkl
Facebook: www.facebook.com/thepearlkualalumpur

Untuk tempahan:

Syuhada 016-331 9675 atau https://wa.link/hvlufe
Noraini 016-331 8794 atau https://wa.link/c7crhm
Mazwin 016-331 8729 atau https://wa.link/h75l50
Aliza 011-1162 4462 atau https://wa.link/2yu47i
Sani 016-331 8795 atau https://wa.link/myl2o5
Yusri 016-620 2070 atau https://wa.link/ag4oy0


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS