Kempen Kesedaran Kanser Payudara Jobbie: Pink Wobbly Breast Odyssey

Hai dan Salam Oktober korang,

Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara, dan tahun ini, JOBBIE, jenama mentega kacang semula jadi terkenal di Malaysia, mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kempen "Pink Wobbly Breast Odyssey" bersama Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). 

Inisiatif ini bertujuan bukan hanya untuk mengumpul dana, tetapi juga untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan kesihatan payudara yang telah dilancarkan di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).



Sebagai sebahagian daripada kempen ini, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang mentega kacang merah jambu dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. Setiap balang mengandungi maklumat tentang kesedaran kanser payudara, dan RM1 dari setiap pembelian akan disumbangkan kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudara mereka. 

Makna di Sebalik "Wobbly" dan "Odyssey"

Nama kempen ini mempunyai makna yang mendalam. "Wobbly" melambangkan kerentanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara, manakala "Odyssey" mencerminkan perjalanan berani mereka dalam menghadapi penyakit ini. 

Inisiatif ini bukan hanya menarik perhatian terhadap isu kesihatan payudara, tetapi juga menggalakkan masyarakat untuk menyokong pesakit kanser.



Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, menekankan pentingnya saringan awal dan pemeriksaan payudara secara berkala. Statistik menunjukkan bahawa kanser payudara adalah bentuk kanser yang paling biasa di kalangan wanita di Malaysia, dengan 32% daripada semua kes kanser.

Acara pelancaran juga turut menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan, termasuk sesi senaman dan pameran seni yang memberi maklumat tentang kempen. Peserta diberikan peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara secara percuma.

Banyak aktiviti best yang kami buat seperti mewarna canvas, bergambar, buat puzzle cari perkataan, dan dapat rasa sample mentega kacang JOBBIE, dan yang paling menarik sekali, dapat belajar secara on hand macam mana nak buat saringan kanser payudara sendiri.



Kempen "Pink Wobbly Breast Odyssey" oleh JOBBIE dan MAKNA adalah satu usaha penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara. Melalui program ini, masyarakat diingatkan tentang kepentingan pengesanan awal dan sokongan kepada mereka yang terjejas. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini:
www.jobbienutbutter.com

Dengan menyokong kempen ini, kita bukan sahaja menyumbang kepada kesedaran tetapi juga membantu mereka yang sedang berjuang dengan kanser payudara. Mari bersama-sama kita tingkatkan kesedaran dan sokong satu sama lain dalam perjuangan melawan penyakit ini.





Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS