Review Hotel: Novotel Taiping Perak

Hai korang,

Antara salah satu hotel yang popular di Bandar Taiping adalah Novotel Taiping Perak yang terletak di Taiping Mall. Lokasi hotel yang hanya 15 minit jarak berjalan kaki ke Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping dan Muzium Perak menjadikan hotel ini pilihan saya pada trip kalini.

Novotel Taiping merupakan hotel bertaraf 4 bintang dengan konsep dekorasi moden, kontemporari dan elegan yang dilengkapi dengan fasiliti seperti restoran makan, main ballroom dan 6 bilik mesyuarat sesuai untuk leisure dan business travelers.


Novotel Taiping Perak
Taiping Mall, 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak.
Contact: 05-820 8288
Website: novoteltaiping.com-malaysia.com

Review Novotel Taiping Perak : Premier Room with 2 Single Beds

Ada beberapa pilihan bilik yang korang boleh tempah, sesuai untuk seisi keluarga ataupun work trip. Since trip kami haritu dengan kawan-kawan, maka kami tempah bilik Premier Room with 2 Single Beds yang boleh memuatkan 2 dewasa.

Ruang bilik yang sebesar 31 meter persegi menjadikan ruang didalam bilik ini sangat spacious untuk 2 dewasa. Ada ruang penyimpanan bag, ada meja bekerja untuk korang yang masih perlu kerja kalau ke sini, dan cukup ruang untuk solat.




Bilik mandi di Premier Room Novotel Taiping Perak luas dan bersih, dengan ruang mandi, tandas dan cermin bersiap yang berasingan, lengkap dengan peralatan toiletries seperti sabun, syampu, perapi rambut, sikat, berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Paling best sebab ruang besar, siap ada pengering rambut lagi. Air nak mandi pun laju, ada air panas dengan rainfall shower head. Puas hati mandi kat sini.



Fasiliti dan kemudahan lain didalam bilik juga lengkap. Bilik dengan dekorasi yang elegan ini turut dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran satelit. Ada juga peti deposit keselamatan untuk korang yang nak guna, dan peti ais bersama dengan peralatan membuat air panas.

Untuk korang yang macam saya, yang paling wajib kena ada seterika, jangan risau sebab di Novotel Taiping Perak juga ada disediakan seterika dan papan seterika disetiap bilik.


Salah satu tarikan dan kenapa Novotel Taiping Perak menjadi pilihan pengunjung adalah sebab lokasinya dan permandangan yang ada disini. Dari Novotel Taiping Perak, korang boleh terus nampak permandangan Bukit Larut atau Maxwell Hill.

Dan disebabkan lokasi hotel yang juga merupakan salah satu bangunan tertinggi di Bandar Taiping, korang boleh menikmati permandangan matahari terbit dan terbenam disini. Cantik tau view sunrise dari kolam renang masa sarapan dan sunset dari bilik yang saya stay.




  Rating Tripadvisor: ★★★★½
Personal rating: ★★★★½

Saya berpuas hati dengan servis dan fasiliti Novotel Taiping Perak. Kalau datang ke Taiping, inshaAllah Novotel Taiping Perak akan menjadi pilihan sebab lokasi dan keselesaan di hotel ni. Rasa rugi tidur hanya satu malam kat sini sebab tak dapat nak explore semua fasiliti yang ada disini.

Entry ini diterbitkan sempena dengan Program The Trail of Tin Mining, Perak yang berlangsung pada 20-23 Ogos 2024 anjuran Tourism Malaysia Northen Region.


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS