Apa yang Menarik di Taiping Perak

Assalamualaikum dan hai korang,

Apa yang menarik di Taiping, Perak?  Bandar Taiping, yang lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur terletak di daerah Larut Matang, merupakan sebuah jajahan utara negeri Perak Darul Ridzuan. Nama dulu Taiping adalah "Klian Pauh".

Perkataan Taping sebenarnya berasal daripada pertaan Cina, 'Tai Peng" yang membawa maksud Aman Selamanya. Perkataan ini lahir selepas tamatnya Perang Larut diantara puak kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin.

Di Taiping, korang akan jumpa banyak benda yang pertama di Malaysia sebelum kemerdekaan dan terkenal dengan seni bina kolonial yang terpelihara dengan baik seperti taman tasik pertama di Malaysia, iaitu Taman Tasik Taiping.

Apa yang Menarik di Taiping Perak

Muzium Matang
Kampung Pekan Matang, 34750 Matang, Perak
Contact: 05-8477970

Waktu operasi: 9am-5pm (Buka setiap hari kecuali Hari Raya)
Bayaran masuk: Percuma


Kota Ngah Ibrahim telah dibina pada tahun 1858 di Matang, Perak yang dahulunya dikenali sebagai "Pematang". Menteri Ngah Ibrahim telah menjadikan kubunya sebagai rumah kediaman, Pusat Pentadbiran Larut, kubu, gudang bijih timah dan pusat perdagangan. 

Muzium Matang merupakan sebuah muzium insitu yang mempamerkan kronologi sejarah yang berlaku didalam bangunan muzium ini yang seluas 2 ekar ini. Muzium Matang ni ada 2 tingkat yang dijadikan galeri yang menyimpan sejarah Kota Ngah Ibrahim

Galeri di aras bawah terbahagi kepada tujuh segmen iaitu:
  • Si Larut
  • Pertanian
  • Peralatan British
  • Perang Larut
  • Galeri Jepun
  • Perlombongan
  • Penjara
Manakala galeri di tingkat atas pula mempamerkan segmen mahkamah, maktab, pejabat pentadbiran British, serta pejabat dan bilik tidur Ngah Ibrahim yang sebahagiannya dipamerkan didalam bentuk diorama.






Galeri Rumah Pengawal Keselamatan Ngah Ibrahim dibina oleh Ngah Ibrahim pada tahun 1873 untuk pengawal keselamatan yang digajikan, Kapten Speedy. Kapten Speedy dipertanggungjawabkan mengetuai pasukan polis Ngah Ibrahim untuk lawan Perang Larut pada masa tu.

Setelah termaterainya Perjanjian Pangkor, Kapten Speedy telah dilantik oleh British sebagai Penplong Residen dan sekaligus telah mengambil alih  kota dan rumah Ngah Ibrahim untuk dijadikan sebagai rumah kediamannya.

Pameran yang dipamerkan disini bertemakan Menelusuri Jejak Tengku Menteri Ngah Ibrahim yang telah mempamerkan pengkisahan Kota Ngah Ibrahim melalui segmen:
  • Disebalik Kota Ngah Ibrahim
  • Pertapakan Kuasa di Larut
  • Pengukuhan Kuasa
  • Peralihan Kuasa
  • Matang, Pusat Pentadbiran Larut
  • Pulangnya Wira Negara

Galeri Rumah Pengawal Keselamatan Ngah Ibrahim


Perusahaan Arang Kayu Kuala Sepetang
Jalan Taiping - Kuala Sepetang, Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Contact: 012-4286098 (Mr Chuah)

Kilang arang ni terletak di Kuala Sepetang, atau dahulu lebih dikenali sebagai Port Weld. Kuala Sepetang terletak dalam kawasan hutan simpan bakau Matang, yang seluas 40,000 hektar merupakan hutan bakau terbesar di Malaysia.

Arang yang dibuat kat sini masih lagi dibuat secara tradisional, secara salai yang mengambil proses sehingga dekat sebulan untuk menghasilkan arang yang berkualiti tinggi. Kayu arang Kuala Sepetang dianggap antara yang terbaik di Asia.

Kilang arang di Kuala Sepetang ni siap dapat anugerah cara pengurusan penggunaan kayu bakau terbaik sebab mereka menanam semula pokok yang ditebang, sehingga diiktiraf sebagai model perhutanan dan pemuliharaan bakau yang baik.

Sehingga kini dinggarkan terdapat 144 pengusaha kayu arang dengan lebih daripada 300 dapur yang masih beroperasi dikawasan ni dah masih lagi mendapat permintaan yang tinggi hingga ke pasaran antarabangsa.




Kuala Sepetang/ Port Weld
152, Jalan Sungai Manggis, Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Contact: 011-29558118

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dan juga terletaknya tapak stesen kereta api terawal negara. Stesen kereta api Port Weld terletak di tengah-tengah bandar. Landasan kereta api yang pertama yang dibina di Semenanjung Malaysia dari perkampungan nelayan ke Taiping.

Banyak benda korang boleh kalau datang ke perkampungan ni, seperti:
✅ Ambil gambar di signboard ‘Port Weld”,
✅ Melawat perkampungan nelayan,
✅ Makan makanan laut yang segar,
✅ Peluang beri makan burung helang,
✅ dan banyak lagi.



Taiping Lake Garden
Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak.

Taman Tasik Taiping ini dibangunkan pada tahun 1884 dan telah dibuka secara rasminya pada 17 November 1893 oleh Frank Swettenham S.C.G.M Residen British  di Perak. Taman Tasik Taiping merupakan bekas lombong bijih timah yang dahulunya diusahakan Kongsi (Syarikat) yang diketuai oleh Kapitan Chung Ken Kwee, ketua kumpulan Hai San.

Terdapat 8 tasik/kolam di Taman Tasik Taiping:
  • Tasik Angsa (Swan Lake)
  • Tasik Rimba (Jungle Lake)
  • Tasik Selatan (South Lake)
  • Tasik Barat (West Lake)
  • Kolam Pulau (Island Pond)
  • Kolam Pavilion (Pavilion Pond)
  • Kolam Bujur (Oblong Pond)
  • Kolam Alamanda (Alamandad Pond)



Kinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum
Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Contact: 012-2888530

Tahu tak korang, yang Malaysia pernah menjadi pengeluar bijih timah terkemuka di dunia? 

Kalau kat Perak, korang boleh melawat Kinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum yang terletak di Kampar. Muzium ini dibuka pada 2012 oleh Tan Sri Hew See Tong, yang juga bekas pelombong bijih timah untuk memberi gambaran tentang skala industri perlombongan bijih timah di Kampar. 

Ia juga bertindak sebagai peringatan kepada pelombong bijih timah tempatan yang menjalankan kerja-kerja membijih timah suatu ketika dahulu. Kat sini, ada banyak diorama patung yang menggambarkan cabaran ngeri yang perlu dihadapi oleh Kampar ketika itu.



Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta merupakan bekas pusat perlombongan bijih timah yang penting pada akhir 1880-an, melalui zaman kegemilangannya pada tahun 1920-an, sehingga tahun 1970-an di mana pengeluaran mengalami kemerosotan.

Antara paparan/tarikan yang ada disini termasuklah:
⚡ Model alatan membijih palong,
⚡ Diorama situasi di lombong bijih timah,
⚡ Alatan yang digunakan untuk melombong bijih timah,
⚡ Foto lama & fakta sejarah tentang bijih timah,
⚡ Model kapal dan jentera.




Entry ini diterbitkan sempena dengan Program The Trail of Tin Mining, Perak yang berlangsung pada 20-23 Ogos 2024 anjuran Tourism Malaysia Northen Region.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS