Team Programme Malaysia: Program Untuk Belia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah buat penerima anugerah dan alumni program "Team Programme Malaysia", sebuah program selama 9-minggu ini direka untuk pembangunan peribadi dan profesional selama 9 minggu yang melibatkan pelbagai aktiviti.

Selangor Youth Community (SAY) di bawah naungan DYTM Raja Muda Selangor bekerjasama dengan The King’s Trust International, sebuah organisasi global yang diasaskan oleh Raja Charles III, telah memulakan inisiatif untuk menyokong belia berisiko melalui program ini.

Team Programme Malaysia, merupakan sebuah program yang ditubuhkan pada tahun 2020 untuk mengangkat usaha dan sebagai inisiatif untuk memartabatkan warga belia. Dengan usaha bersama dengan The King's Trust International.



Tahniah buah En Amirul Mukminin, seorang peserta dalam program ini telah dipilih sebagai pemenang serantau Sustainability Award The King’s Trust 2024 untuk Asia dalam Anugerah Global The King’s Trust 2024, anugerah yang mengiktiraf golongan muda yang cemerlang dalam program The King’s Trust di seluruh dunia.

Pada 6 Ogos 2024 yang lepas, telah berlangsungnya Hari Anugerah Team Programme Malaysia di Sunway Resort Hotel. Acara ini turut diperkenankan dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. 

Majlis turut dihadiri alumni program, rakan strategik, dan semua pihak berkepentingan yang terlibat. 



En Amirul Mukminin, penerima anugerah yang diraikan telah menyertai program dengan harapan supaya dapat membuang perasan malu dan rendah diri yang menghalangnya. 

Apabila kemahiran komunikasinya berkembang, dia berubah dari seorang peserta yang pemalu kepada individu yang lebih yakin. Usaha ini bukan sahaja mempamerkan ketekunannya tetapi juga menandakan permulaan perjalanan transformasinya.

Semasa fasa projek komuniti dalam program Team, semangat Amirul terhadap alam sekitar jelas terserlah. Kepimpinannya telah membimbing kumpulan ke arah inisiatif komuniti alam sekitar yang memberi tumpuan kepada penanaman pokok bakau sebagai strategi pencegahan banjir. 


Penerima Anugerah Sustainability Award The King’s Trust 2024 - En Amirul Mukminin

Semasa majlis berprestij itu, Selangor Youth Community juga telah memberi penghargaan kepada rakan strategik dengan anugerah pengiktirafan masing masing. 

⭐ Most Supportive Corporate Partner - Nestle Malaysia,
⭐ Most Supportive Corporate Partner - Tropical Rainforest Conservation Research Centre (TRCRC),
⭐ Most Supportive Corporate Partner - Perkeso,
⭐ Perseverance Award - Mr Syafiq Affizuddin.

Penerima Anugerah Perseverance Award - Mr Syafiq Affizuddin.

Acara ini juga menyaksikan pemeteraian antara Nestle Malaysia dan Selangor Youth Community di mana kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman yang disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Diharapkan bahawa kerjasama ini akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.




Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS