Pemenang Program SAY ASPIRE Edisi Ke-5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 14 Ogos 2024, bertempat di Sunway Resort Hotel, telah berlangsungnya program SAY ASPIRE Edisi ke-5 yang telah dianjurkan sejak dari tahun 2018 oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui Selangor Youth Community (SAY).

SAY ASPIRE adalah sebuah program yang bertujuan untuk mengembangkan para usahawan muda yang memiliki potensi untuk mengembangkan produk mereka di pasar global. 

Program ini menyediakan kursus, bimbingan, dan latihan strategi eksport kepada para peserta agar mereka dapat memperluas perniagaan mereka ke peringkat internasional. 


Pada tahun ini, Program SAY ASPIRE telah bermula dari Januari sehingga Ogos 2024 dan memberi impak kepada 30 usahawan PMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global dengan produk mereka beserta dengan bimbingan.

Usahawan-usahawan di Selangor hendaklah melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale. Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan ekspor. 


Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam.

Program kali ini merupakan kerjasama di antara YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia Sukan dan Keusahawan Selangor, YB Mohd Najwan Halimi. 

Pada edisi kelima, program ini turut mendapat sokongan daripada MATRADE serta sebuah syarikat alumni iaitu MEDICPETS. MEDICPETS di bawah Cik Siti Sofiah telah menyumbang sebanyak RM50,000.00 untuk membantu usahawan menembusi pasaran Brunei. MEDICPETS ialah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada produk ubat-ubatan kepada haiwan.


Seramai 5 orang juri pada Pusingan Akhir SAY ASPIRE 2024 adalah seperti berikut:

1. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor;
2. YB Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor;
3. YBrs. Encik Mansor Shah bin Wahid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE (Pembangunan Pengeksportan);
4. YBrs. Puan Siti Sofia Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Medipets Sdn. Bhd;
5. YBrs. Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan, AEON Big (M) Sdn. Bhd.

Berikut merupakan 10 syarikat belia yang bertanding di SAY ASPIRE Pitch Finale pada tahun ini:

Pemenang Tempat Pertama
DASC International Sdn Bhd
(Kosmetik)




Pemenang Tempat Kedua
Citra Kesom Sdn Bhd 
(Minuman kesihatan)



Pemenang Tempat Ketiga
Skinny Bakers Sdn Bhd
(Snek ringan)



Anugerah Khas Medicpets
Zaahara Sdn Bhd
(Pakaian Muslimah)



Anugerah Khas Medicpets
Al-Meswak Sdn Bhd
(Alat penjagaan kesihatan)



Deanna Creations
(Servis pembungkusan)


Bayu Somerset Sdn Bhd
(Baju Kurung)


Aducktive Sdn Bhd 
(Snek ringan)


Complement Ventures Sdn Bhd
(Aksesori rumah)


Meet Mee Sdn Bhd
(Makanan segera)


Senarai Pemenang Program SAY ASPIRE Edisi Ke-5

Pemenang Tempat Pertama: DASC International Sdn Bhd
Pemenang Tempat Kedua: Citra Kesom
Pemenang Tempat Ketiga: Skinny Bakers

Anugerah Khas Medicpets: Zaahara Ventures
Anugerah Khas Medicpets: Al-Meswak Mu’min 


SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan ganjaran besar kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih (RM10,000.00) untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, bimbingan khas secara individu dan sesi networking untuk membantu usahawan merealisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil. 

Selain itu, 2 anugerah khas turut dipilih oleh syarikat MEDICPETS.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS