Jom Daftar Larian Pos Malaysia Run 2024

Hai dan Salam sejahtera korang,

Agenda nasional dan visi sukan negara adalah untuk melahirkan Negara Bersukan dengan menglibatkan orang ramai dalam bersukan akan meningkatkan produktiviti negara, kesihatan serta dapat mengurangkan gejala gejala sosial.

Pada 29 September 2024 nanti, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, akan menganjurkan Pos Malaysia Run 2024 dengan kerjasama bersama rakan kongsi mereka.

Pos Malaysia Run 2024
📍 Padang Merbok, Kuala Lumpur
📅 29 Semptember 2024 (Ahad) - 6AM
Fun Run (6.2KM + Fun Zone), 10KM dan 15KM


Kerjasama ini adalah lebih dan bukan sekadar sekadar pakatan perniagaan dan perhubungan satu sama lain; ia adalah gabungan kekuatan, kepakaran, dan semangat satu sama lain. 

Pos Malaysia Run 2024 dijadualkan bermula pada pukul 6:00 pagi pada hari Ahad, 29 September, di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ia menampilkan tiga jarak – Fun Run (6.2KM + Fun Zone), 10KM dan 15KM, dengan yuran penyertaan ditetapkan masing-masing pada RM75, RM80 dan RM85.

Salah satu aspek yang paling menarik dalam kerjasama ini adalah activity yang di kongsikan dimana, fun zone di Dayabumi dan carnival based activity di Padang Merbok, iaitu di garisan penamat., dimana terdapat pelbagai activity menarik menanti bersama rakan rakan kongsi.


EON Berhad, pengedar terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada beberapa jenama kereta terkenal termasuk Proton, adalah rakan kerjasama utama acara tersebut. 


Turut memberikan sokongan kepada kejayaan acara larian sulung Pos Malaysia adalah jenama isi rumah terkemuka seperti:

🌸 Bank Muamalat – Rakan Perbankan
🌸 Cuckoo – Rakan Peralatan Rumah
🌸 Yinson Green Tech – Teknologi Hijau
🌸 Allianz Malaysia Berhad – Rakan Insuran
🌸 Spin – Rakan Pakaian
🌸 Chek Hup – Rakan Uncang Kopi
🌸 Reebok – Rakan Jam Tangan
🌸 Pos Shop
🌸 Pos Aviation
🌸 SkyBlue Media – Rakan Media Luar Ruangan
🌸 Milo – Rakan Malt Coklat
🌸 Nature Loop – Rakan Pingat
🌸 Taman Tema Sunway
🌸 Blood – Rakan Kesejahteraan
🌸 Opack – Rakan Pembungkusan Makanan & Minumam
🌸 Perkeso – Rangkaian Strategik 
🌸 Mal – Komunikasi



Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia berkata: 

"Selepas bertahun-tahun memperjuangkan kehidupan sihat melalui perkongsian dalam beberapa acara larian dan kecergasan utama di Malaysia, kami sangat teruja untuk memimpin dalam menganjurkan larian perdana kami sendiri."

"Bertemakan ‘Jom Laju ForFun!’, larian yang akan datang ini bukan sahaja meraikan warisan Pos Malaysia, tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk membina komuniti dan kehidupan sihat dengan tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.".


En Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, menyatakan:

"EON Berhad berbangga menjadi rakan kerjasama utama untuk Pos Malaysia Run 2024. Semasa kami meraikan ulang tahun ke-40 kami, bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk larian sulung mereka membolehkan kami menyumbang kepada usaha yang bukan sahaja menyokong kesejahteraan masyarakat tetapi juga menekankan kepentingan kelestarian."

"Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong acara ini dan menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta, mengukuhkan dedikasi bersama kami untuk memacu kemajuan dan membentuk masa depan yang lebih baik.".


Jom Daftar Larian Pos Malaysia Run 2024

Pendaftaran dibuka sehingga 29 Ogos 2024 melalui www.racexasia.com. 

Peserta yang berdaftar akan menerima pek perlumbaan yang direka dengan cantik yang mengandungi pilihan barangan acara dan barangan bernilai sehingga RM140.


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS