Bazar Ulangtahun Ke-6 J&T Express Malaysia

Hai dan Salam Sejahtera!

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun yang Ke-6 buat J&T Express Malaysia. Tak sangka, dalam 6 tahun, banyak pencapaian yang telah J&T Express Malaysia dapat dengan menjadi penyedia perkhidmatan logistik global terkemuka negara.

Sambutan ulangtahun ke-6 mereka telah disambut meriah dengan acara bazar besar di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Acara ini, sebahagian daripada kempen #KasiJadi J&T Express yang dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi

J&T M6MENTS TOGETHER
📍 Piazza @ Pavilion Bukit Jalil
📅 3 & 4 Ogos 2024



Bazar Ulangtahun Ke-6 J&T Express Malaysia merupakan satu kejayaan yang memberangsangkan sebab dapat menarik lebih 10,000 pengunjung yang datang bersama-sama pada platform yang meriah untuk vendor, usahawan dan orang ramai.

Acara dua hari itu merupakan sambutan yang meriah, yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, persembahan secara langsung, permainan interaktif, insta-worthy photobooths, dan pengunjung berpeluang untuk membawa pulang barangan dan hadiah eksklusif.

Berpegang kepada falsafah perkhidmatan mereka iaitu "Pantas, Boleh Dipercayai, Inovatif," J&T Express Malaysia terus menyediakan penyelesaian logistik yang komprehensif kepada pelanggannya, mencapai kejayaan yang luar biasa di peringkat tempatan dan antarabangsa. 



En. Vincent Low, Naib Presiden J&T Express Malaysia, berkata:

"#KasiJadi melambangkan peluang yang diwujudkan melalui J&T Express Malaysia, menyediakan platform untuk vendor dan pemain logistik untuk mendapatkan pendedahan jenama dan memaksimumkan bahagian pasaran mereka.".

"Meraikan tahun ke-6 kami dengan kempen #KasiJadi, bermula dengan bazar ini, mempunyai makna yang istimewa untuk kami. Pencapaian ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan perniagaan kami, kepercayaan pelanggan kami, dan kerja keras serta dedikasi pasukan J&T Express.".

Pada tahun 2022, syarikat itu melabur RM 600 juta dalam pusat logistik baharu di Bandar Rimbayu, dan secara rasmi disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada Oktober 2023. 

Baru-baru ini, J&T Express Malaysia bekerjasama dengan UOB Malaysia dan Fass Payment Solutions ( Fasspay) untuk menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh untuk pelanggan. Inovatif dan memudahkan pengguna mereka kan?




Bazar Ulangtahun Ke-6 J&T Express Malaysia turut menyaksikan yang J&T Express Malaysia dapat Malaysia Book of Records untuk rekod "Biggest Inflatable Courier Box Replica" dengan skala ukuran 4.8 meter (tinggi) X 4.8 meter (diameter) X 3.6 meter (lebar).

J&T Express Malaysia kekal komited terhadap pertumbuhan dan pengembangan, sentiasa menyesuaikan diri dengan industri yang sentiasa berkembang. Melalui inisiatif seperti #KasiJadi, J&T Express akan terus menyokong masyarakat sebagai pemain terkemuka dalam industri dan penyokong tegar keusahawanan.

Dengan rangkaian meluas yang terdiri daripada lebih 600 cawangan yang terletak di kedudukan strategik di seluruh Malaysia, disokong oleh lebih daripada 10 mesin pengisih automatik termaju dan lebih 3,000 kenderaan, mereka memastikan perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai untuk memenuhi permintaan pasaran.


J&T Express Malaysia 
Website: jtexpress.my
Facebook: www.facebook..com/jtexpressmy
 Instagram: www.instagram.com/jtexpressmy



Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS