Pengalaman Buat Color Analysis Malaysia

Hello dan hai korang!

Selama hari ni, saya nampak di social media sahaja untuk buat analisa warna mengikut kulit. Tak sangka, rupanya servis color analysis pun sudah ada di Malaysia. Memang saya pun dah lama plan nak buat analisa warna ni.

Colour Me Beautiful Malaysia (color analysis malaysia) merupakan pakar imej terulung Malaysia dalam analisis warna untuk warna kulit yang berbeza dengan sejarah 40 tahun dari UK. Kat sini, korang boleh dapatkan perkhidmatan untuk ubah gaya dengan analisis warna.

Berbaloi ke buat analisis warna? 
Bagi saya berbaloi dan banyak kebaikkannya untuk mereka yang selalu pening nak mix dan matchkan pakaian dan makeup. Selain tu, dengan padanan warna yang betul dan sesuai, boleh menaikkan seri dan keyakinan seseorang.



Kalau korang datang macam saya, datang untuk sesi Full Color Analysis, korang boleh buat tempahan atau walk in ke Colour Me Beautiful Malaysia yang terletak Blok F, Dataran Glomac (Landmark atas Family Mart).

Full Color Analysis di Colour Me Beautiful Malaysia

Full Color Analysis ni harga dia dalam RM450-RM500 sebab ada diskaun. Satu sesi ni korang boleh datang dengan pasangan, kawan atau keluarga korang. Tiada minima peserta, tapi kalau ada ramai, maka lambat lah habis. Satu sesi dalam 1-1.5jam.

Masa sampai tu, terus jumpa dengan Color & Image Consultant Colour Me Beautiful Malaysia, Ms Michelle Chan yang memang dah berpuluh tahun berpengalaman dalam konsultasi imej di Malaysia ni. Lepas dah berkenalan, kami diberikan borang 'Style Personality Questionnaire ' untuk diisi.



Then, sesi diteruskan dengan perbentangan teori tentang analisa warna mengikut kulit dan personaliti. Satu yang saya suka adalah, di Colour Me Beautiful Malaysia, konsultant juga mengambil kira style personaliti dan warna kegemaran kita dalam nasihat dia.

Selain daripada pilihan warna pakaian dan style, mereka turut juga memberi konsultasi tentang warna alat solek seperti eye shadow, lipstick, blush yang sesusi dengan personaliti warna kulit kita. Akhir teori, saya pun tahu yang kulit saya merupakan "Cool Winter" macam Jisoo Blackpink ^_^



Cool Look Color Consultation  di Colour Me Beautiful Malaysia

Selepas selesai sesi teori, maka datanglah part yang paling ditunggu-tunggu. Masa ni kalau korang ada baju dan tudung putih, better terus pakai je sebab nanti masa color consultant tu nak bantu korang pilih warna personaliti korang, putih ni untuk neutralkan warna.

Masa sesi teori, Ms Michelle diantara Cool dan Clear Coloring Type. Dia cakap boleh je seorang tu ada 2 type warna, cuma sesi ni akan bantu untuk cari type warna macam mana yang lebih dominant. Selepas cuba diantara Cool dan Clear, makanya saya nampak lebih berseri di Cool Type.



Kalau korang nak tengok beza, korang boleh tengok kawan saya (Fiera) dan saya punya Coloring Type. Fiera punya adalah Warm Type dan saya adalah Cool Type. Dua tona yang berbeza tapi both memang masuk dengan personaliti masing-masing.

Lepas dan figure out Color Type, barulah Ms Michelle boleh consult tentang tona warna yang masa sesuai dan masuk dengan kulit dan personaliti korang. Korang boleh juga minta tips untuk mix dan match warna untuk main dengan shade warna tu.




Finally saya tahu pun yang best color untuk saya adalah mainly warna putih cream, biru dan pink. Memang nampak banyak sangat beza dari seri wajah muka bila bermain dengan warna yang sesuai dengan kulit dan personaliti kita.

Bila fikir balik, banyak warna yang sesuai dengan saya ni saya banyak pakai masa zaman awal 20-an, tapi bila meningkat dewasa, saya makin malas nak pakai warna yang menyerlah. Tapi saya silap, sebab warna 'selamat 'yang saya selalu pakai tu akan buat saya nampak tua! Oh no!




Pada akhir sesi konsultasi, fanally saya dapat tahu juga tentang warna yang sesuai dengan kulit dan personaliti saya. Ms Michelle pun siap bagi tips untuk saya mix dan match warna untuk menaikkan seri personaliti saya.

Sebelum pulang, saya dapat kad untuk saya jadikan rujukan masa nak pilih warna pakainan dan style saya. Terima kasih kepada Color Me Beautiful Malaysia, especially Ms Michelle atas konsultasi tentang color personality. Memang eye opening!



Harga Buat Color Analysis Malaysia di Color Me Beautiful Malaysia:

⭐ Full Colour Analysis (1jam 30minit): RM500
⭐ Full Colour Analysis with Colour Fabric Swatch (1jam 30minit): RM1000
⭐ Style Consultation (1jam 30minit): RM500
⭐ Makeup Application (3jam 30minit): RM500
⭐ Makeup Colour Recommendation (30minit): RM250
⭐ Colour Party (3jam): RM450/pax

Selain color analysis, Color Me Beautiful Malaysia turut menawarkan servis lain. Korang boleh refer kepada list diatas atau gambar dibawah untuk tawaran perkhidmatan yang ada disini.


Color Me Beautiful Malaysia
Color & Image Consultant
Blk F-02-02, Dataran Glomac, Jalan SS6/5B,
47301, Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 010-7711376 (Ms Michelle Chan)

Website: www.colormebeautiful.com.my
Instagram: www.instagram.com/colourmebeautifulmy
Facebook: www.facebook.com/ColourMeBeautiful.my
TikTok: www.tiktok.com/@colourmebeautifulmy


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS