10 Anak Felda Berentap di Konsert Feel Da Star

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang!

Meriahnya Hari Peneroka Felda 2024 yang telah berlangsung di di MAEPS Serdang pada 12-14 Julai 2024 yang lepas. Hari Peneroka Felda kali ke 68 telah berjaya menghimpunkan 500,000 peneroka dan pengunjung sepanjang festival berlangsung.

Penganjuran berskala besar itu dengan pelbagai program dan pameran telah diatur sebagai pengisian sepanjang tiga hari dan yang paling menarik sekali, mereka telah berjaya memecahkan beberapa rekod di Malaysia Book of Records!
 
SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA 2024
Tema: Segalanya FELDA
Tarikh: 12 -14 Julai 2024
Tempat: MAEPS, Serdang 
Kemeriahan  Aktiviti: 68 dari pelbagai Kluster


Hari Peneroka Felda kali ke 68 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Julai. Hari Peneroka sebenarnya jatuh pada 7 Julai setiap tahun dan ia ditetapkan oleh Tun Abdul Razak yang juga pengasas Felda. Tarikh ini adalah hari penghormatan buat peneroka Felda yang menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya.

Sempena ke 68 tahun FELDA, di karnival ini ada 68 program antaranya adalah:

✅ 1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil
✅ 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA 
✅ Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge
✅ Felda Berselawat Bersama Selebriti
✅ 28 Masterclass Percuma
✅ Pelancaran Umrah Rahmah
✅ Pertandingan Memancing
✅ Cabutan Bertuah Grand Prize
✅ Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu

Antara artis-artis yang terlibat antaranya Ryan Bakery, Siti Nor Diana, Exist, Ungu Band, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam dan ramai lagi!



Hari Peneroka Felda 2024 telah mendapat sokongan dan kerjasama dari:

YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2, 16 Menteri dari Pelbagai Kementerian, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Perladangan Dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya


Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata:

"Sambutan kali ini adalah terbesar untuk menyantuni semua warga peneroka Felda terutama generasi dari seluruh negara berbanding sambutan sebelum ini hanya dihadiri oleh peneroka yang dibawa dari rancangan masing-masing.

Antara program dan aktiviti yang akan dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang bakal memecahkan rekod Malaysia Book Of Records.

Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu,

Berkonsepkan Segalanya Felda, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang yang jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya".



10 Anak Felda Berentap di Konsert Finale 'Feel Da Star' di Hari Peneroka Felda 2024

Finally, selepas 5 minggu bertanding, Naidatul Zamrizam Arsad atau lebih dikenali dengan panggilan Zam dari Wilayah Johor Bahru telah dinobatkan sebagai juara Feel Da Starz untuk edisi yang pertama daripada 10 peserta yang bertanding di pentas akhir.

Zam membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 selain menerima sebuah telefon bimbit Iphone Pro Max dari Umobile beserta sijil penghargaan dari Institut Semarak FELDA dan rakaman studio. Tahniah saya ucapkan kepada pemenang.




Rancak suasana Konsert Finale Feel Da Starz haritu dengan alunan suara lunak peserta-peserta dan sambutan meriah dari penonton bersama kehadiran juri jemputan, Marsha, Firman dan Cikgu Siti Hajar, serta dihoskan oleh Kak Lina Pom Pom yang sentiasa menghiburkan.

Dalam peringkat akhir itu, Konsert Feel Da Starz turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Penyanyi Mawi, Siti Nordiana yang juga merupakan Anak FELDA! Jangan risau sebab semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 beserta sijil penghargaan.

Saya berkesempatan untuk menemubual 2 peserta akhir Konsert Finale Feel Da Starz, Yusri dari Felda Kota Tinggi Johor dan Jun dari Felda Wilayah Sahabat. Masing-masing teruja sebab dapat masuk ke pusingan akhir dan anggap ini sebagai kenangan untuk lebih focus didalam bidang ini.

Bersama dengan Jun dan Yusri

En Naziffuddin Taijulddin, Penolong Pengarah Kanan Felda 

Apabila ditanya apa matlamat dan harapan yang akan diperoleh dari konsert ini kepada En Naziffuddin Taijulddin, Jawatankuasa Promosi Hari Peneroka Felda 2024 yang juga Penolong Pengarah Kanan Felda, beliau berkata bahawa, 

"Anak Felda ramai yang hebat-hebat, dan juga konset ini untuk berikan hiburan yang sihat. Program ini juga ada guideline selain daripada menjaga batas. Konsep program realiti,  Feel Da Star siap ada buat kelas vokal dengan Cikgu Siti Hajar."

"Selain daripada dapat pengalaman, dengan program ini dapatlah membuktikan yang 10% rakyat Malaysia (Ahli Felda) ini hebat dan berbakat."

Feel Da Starz merupakan salah satu program di Hari Peneroka Felda daripada 12 kluster yang diasaskan dengan idea dari Pengerusi Felda, Y.B Dato' Sri Ahmad Shabery Chik dengan misi untuk mencari anak Felda yang berbakat. Program ini telah mendapat sambutan dengan lebih daripada 200-300 penyertaan.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS