Assasamualaikum,
Trip kami ke Langkawi, haritu, kami berpeluang untuk menginap di salah satu pulau yang didiami manusia di Langkawi, iaitu Pulau Dayang Bunting. Pulau Dayang Bunting ni kecil je dan populasi disini memang tak banyak.
Dari Pulau Tuba nak ke Pulau Dayang Bunting, kami melalui Jambatan Selat Tuba, satu-satunya jambatan yang menghubungkan jalan darat dari kedua-dua buah pulau ini. Kecil je jambatan ni sebab hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan kecil je pada satu masa.
Sepanjang trip kami di Pulau Tuba, memang kami sewa motosikal untuk explore Pulau Tuba. Kami ambil peluang untuk menginap di Noba Beach Resort yang terletak di Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
Noba Beach Resort Pulau Dayang Bunting |
Jambatan Selat Tuba, Langkawi |
Noba Beach Resort Pulau Dayang Bunting |
Di NOBA Beach Resort, Pulau Dayang Bunting, Langkawi, ada beberapa jenis chalet yang disediakan untuk pelanggan yang nak menginap disini. Ikut lah bilangan keluarga atau group korang, ada daripada 2 sehingga 5 orang dan ada juga chalet jenis yang boleh memasak.
Jenis bilik chalet yang ada di NOBA Langkawi:
âž™ Chalet Saloma (4 pax / 2 katil queen),
âž™ Chalet Labu & Labi (4-5 pax / 2 katil queen),
âž™ Chalet Ibu Mertuaku (4-5 pax / 2 katil queen),
âž™ Chalet Madu 3 (4-5 pax / 2 katil queen),
âž™ Mini Homestay (3-4 pax / 1 katil queen),
âž™ Mini Homestay (3-4 pax / 1 double decker),
âž™ Homestay Keluarga Mini Homestay (2 bilik katil queen/ boleh memasak),
âž™ Chalet Do Re Mi (3 pax / 1 katil queen/ 1 katil single),
âž™ Chalet Buloh (2-3 pax / 2 tilam single),
âž™ Chalet 3 Abdul (2 pax / 1 katil queen).
Team kami haritu sewa jenis chalet family yang boleh memuatkan 4-5 orang. Harga sewa masa tu pun hanyalah RM180.00 sahaja untuk satu malam. Berbaloi lah, dengan view dan fasiliti yang ada disini.
Chalet Family (Chalet Ibu Mertuaku/ Chalet Labu & Labi/ Chalet Madu 3)
✅ Family Room
✅ 2 katil queen
✅ Aircond dan kipas
✅ Televisyen bersama dengan siaran satelit
✅ Televisyen bersama dengan siaran satelit
✅ Set teh dan kopi
✅ Telekung dan sejadah
✅ Seterika dan papan seterika
Antara fasiliti yang ada di Noba Beach Resort Pulau Dayang Bunting termasuklah kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang menghadap laut, kawasan rekreasi yang luas, permandangan yang cantik, tempat berkumpul dan tempat melepak dihadapan bilik.
Lagi satu yang saya suka adalah, kat sini ada banyak port bergambar yang cantik. Permandangan menghadap Selat Bagan Nyior, air laut dia pun tenang je. Kat sini cantik kalau masa matahari terbit, sebab boleh nampak terus dari sini.
View yang cantik dan tidak terlalu crowded dengan orang ramai menyebabkan kenapa saya suka stay kat sini. Sesuai sangat najk buat family gathering atau family day sebab kawasan resort yang luas untuk anak-anak kecil bermain dengan selamat didalam kawasan yang berpagar.
Siapa sangka, pulau sekecil Pulau Dayang Bunting ni pun ada resort dengan fasiliti yang lengkap seperti Resort NOBA, Pulau Selat Dayang Bunting. Saya suggest kalau korang ada plan untuk bercuti di Pulau Tuba, Langkawi, korang boleh juga menginap 1-2 malam di pulau kecil ini.
NOBA Beach Resort
Resort NOBA, Pulau Selat Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.
Contact: 016-7801964
Website: nobaresort.com
Facebook: www.facebook.com/Resortnobapulaulangkawi
Instagram: www.instagram.com/resortnobalangkawi
Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak.QTT Group PltContact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)Email: qttgroup.management@gmail.comUntuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi dan Pulau Tuba.
Zayani Zulkiffli.
0 Comments