Trip Langkawi: Review Pak Raja Villas Langkawi

Hai dan Assalamualaikum korang,

Trip ke Langkawi haritu, kami memang sengaja nak cari rumah inap yang ada view permandangan Gunung Raya atau Gunung Mat Chinchang, dan juga dikelilingi dengan keindahan sawah padi dan kami jumpa Pak Raja Villas Langkawi.

Nice rupanya rumah inap Pak Raja Villas ni sebab lokasinya yang mudah diakses dari mana-mana kawasan Langkawi dan juga fasiliti dan bilik yang selesa. Sesuai sangat kalau korang datang ramai-ramai dengan keluarga atau buat gathering kat sini.




Ada dalam 10 buah rumah inap di Pak Raja Villas untuk korang tempah selain daripada fasiliti lain seperti dapur untuk masak, tempat BBQ, kolam renang dewasa & kanak-kanak, dan dewan untuk penginap mereka gunakan.

Saya tertarik dengan dekorasi dan konsep rumah di Pak Raja Villas Langkawi sebab semua banggunan dan rumah disini adalah berkonsepkan dekorasi melayu dan turut dihias cantik dengan perabot kayu dan sentuhan klasik.

Selain tu, saya suka betul dengan permandangan indah di Pak Raja Villas Langkawi, boleh tengok keindahan semula jadi seperti sawah padi, gunung dan langit biru. Kat sini pun ada kolam dengan bunga teratai yang cantik tau! 




Rumah yang kami menginap jenis family yang ada 3 bilik, dan masing-masing ada bilik air sendiri. Ini yang paling penting, supaya lebih privacy dan tak adelah berebut dengan orang lain. Ada juga disediakan televisyen di ruang tamu dan dapur lengkap dengan microwave, pembakar roti, cerek, peti sejuk dan peralatan dapur. 

Seterika dan papan seterika turut disediakan. Setiap bilik pun ada penghawa dingin dan kipas untuk memastikan korang sejuk dan selesa selepas seharian di luar. Tempat letak kereta pun ada, percuma dan dekat je dengan unit korang. 







Seperti yang saya cakap tadi, di Pak Raja Villas Langkawi pun ada disediakan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa, dan paling best memang view pun sebelah sawah padi, siap menghadap gunung lagi tau.

Kawasan kolam renang ni juga bersebelahan dengan BBQ Pit yang dimana pengunjung boleh gunakan untuk masak disini sambil gathering bersama dengan keluarga tersayang mahupun kawan-kawan korang. Satu lagi saya suka, kawasan sini yang sangat privacy.





Pak Raja Villas Langkawi
Lot 690, Paya Keli, Kampung Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, 07000 Ulu Melaka, Kedah.
Contact: 011-35095079

Facebook: www.facebook.com/pakrajavillas
Instagram: www.instagram.com/pak_raja_villas

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak. 

QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com

Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [Zayani: QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi dan Pulau Tuba.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS