Trip Langkawi: Langkawi SkyCab & SkyBridge

Hi dan Hello korang!

Kalau bercakap tentang Langkawi, selain daripada pantai dan lautnya, Langkawi juga ada salah satu hutan yang tertua di Asia Tenggara, Gunung Mat Chincang. Kalau hikers, mesti takkan lepaskan peluang untuk tawan Gunung Mat Chincang, tapi untuk yang tak mampu nak mendaki, korang boleh naik je Langkawi SkyCab.

Tahu tak, Langkawi SkyCab merupakan diantara kereta kabel yang paling curam didalam dunia, yang terletak di dasar banjaran Gunung Mat Chinchang dan gunung ini juga merupakan Tapak UNESCO Geopark yang pertama di Asia Tenggara.

Pengalaman Naik Langkawi SkyCab & SkyBridge


Antara tarikan menarik yang ada di Langkawi SkyCab adalah:
✨ Langkawi Skytrail,
✨ Langkawi SkyBridge + SkyGlide,
✨ Eagle Nest SkyWalk,
✨ Skydome,
✨ Skyrex,
✨ 3D Museum.

Harga Tiket Langkawi SkyCab

Service Warganegara
Dewasa
Warganegara
Kanak-Kanak
Warga Asing
Dewasa
Warga Asing
Kanak-Kanak
SkyCab RM43.00 RM33.00 RM85.00 RM65.00
SkyBridge RM6.00 RM4.00 RM6.00 RM4.00
SkyBridge +
SkyGlide
RM16.00 RM11.00 RM16.00 RM11.00

Langkawi SkyCab

Macam mana pun kalau korang memang kena naik Langkawi SkyCab, kereta kabel untuk pergi ke tarikan yang ada di atas gunung ni. Naik kereta kabel ni pun best sebab dapat tengok flora dan fauna yang mengelilingi kawasan gunung ni.

Perjalanan dari Base Station (Stesen Pangkalan) ke Middle Station (Stesen Tengah) adalah sejauh 1,700 meter dan korang boleh turun di Stesen Tengah pada ketinggian 650m di atas paras laut, untuk berjalan ke platform untuk tengok view dari sini, tapi haritu saya terus ke Top Station (Stesen Teratas).

Ada 4 jenis gondola (harga berbeza) di Langkawi SkyCab:
⇉ 360° Gondola - RM155.00
⇉ Glass Bottom Gondola - RM105.00,
⇉ Private Gondola - RM550.00,
⇉ VIP Gondola - RM550.00.

Tips menaiki Langkawi SkyCab: Beli Express Pass (+RM50/pax)



Glass Bottom Gondola -  Langkawi SkyCab

Langkawi SkyBridge

Langkawi SkyBridge yang berukuran sepanjang 125m, struktur itu berada di antara jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia! Nak bina jambatan ni bukan mudah juga sebab kena ambil kira elemen kritikal seperti: pengimbangan struktur dari satu titik (atas tiang), pengurusan berat optimum dan pengagihan beban dan pemasangan di tapak.

Tahu tak, deorang pakai helikopter untuk bawa barang nak buat jambatan ni untuk dibawa ke puncak gunung dan dipasang. Langkawi SkyBridge siap sepenuhnya pada tahun 2004, menjadikan trip korang ke Langkawi SkyBridge sebuah pengalaman yang sangat menarik.

Langkawi SkyBridge boleh diakses melalui Middle Station dari Langkawi SkyCab. Sampai je ke Top Station, korang perlu berjalan atau naik SkyGlide untuk sampai ke platform SkyBridge yang berada pada altitud 660meter dari paras laut, dan setinggi 55m dari tanah.

Strukture SkyBridge ni ada 15 segments yang bersambung dan bergantung pada tiang melengkung setinggi 125 meter. Jambatan ini juga mampu menampung berat seberat 52 tan.





Langkawi SkyGlide

Sampai di Top Station, korang memang perlu jalan dalam 10-15 (324 langkah) minit untuk ke Langkawi SkyBridge. Laluan ini akan jalan di laluan denai hutan, dengan permandangan dan suasana yang nyaman. Tapi kalau korang tak larat, boleh je naik SkyGlide. 

Cuma downsidenya, SkyGlide ni hanya ada 1 gondola (muat 10 orang) dan memang kena tunggu lama, tambah pula tiada express pass jadi akan mengambil masa. Jadi kalau korang larat untuk naik dan turun tangga, dan taknak tunggu, boleh skip SkyGlide.



Waktu operasi: Setiap hari (9.30am - 6.00pm)

Langkawi SkyCab | Langkawi SkyBridge
Langkawi Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, Langkawi, Kedah.
Contact: 04-9594225

Website: panoramalangkawi.com
Instagram: www.instagram.com/langkawiskycab
Facebook: www.facebook.com/langkawiskycab

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak. 

QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com

Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi dan Pulau Tuba.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS