Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang,
Masa Trip kami ke Langkawi tempoh hari, kami ada luangkan masa sehari healing dan lepak Day Trip ke Pulau Singa Besar Langkawi /Lion Marine Langkawi. Macam tak lengkap lah kalau trip ke Langkawi tapi tak main dan mandi air laut kan.
Selalunya, jarang orang nak lepak seharian ke Pulau Singa Besar Langkawi /Lion Marine Langkawi ni, ramai yang akan datang untuk singgah kejap sebab deorang ambil pakej island hopping. Jadi, kami nak something yang unik, makanya kami terus ambil pakej sehari disini.
Day Trip ke Pulau Singa Besar / Lion Marine Langkawi telah mula dibuka kepada orang awam sejak dari Februari 2024 dan korang boleh melawat pulau ini pada setiap hari bermula dari jam 9am - 6pm. Selain healing dan lepak kat sini, deorang pun ada pakej 4 jam.
Lion Marine Langkawi / Pulau Singa Besar Langkawi |
Caranya untuk ke Pulau Singa Besar, korang boleh terus ke Lion Marine Agency yang terletak di Jeti Teluk Baru, Langkawi dan cakap je nak beli tiket untuk naik bot terus ke Lion Marine / Pulau Singa Besar. Naik bot pun tak lama, dalam 10-15 minit sahaja sudah sampai.
Antara aktiviti yang korang boleh buat disini termasuklah:
⭐ Berkelah / picnic,
⭐ Snorkeling,
⭐ Cari kerang,
⭐ Tengok banyak hidupan laut (ikan, terumbu karang, kerang),
⭐ Healing dan back to nature,
⭐ dan semestinya boleh ambil banyak gambar cantik!
Trip Langkawi: Day Trip ke Lion Marine Langkawi |
Bercakap tentang kebersihan dan fasiliti yang ada di Lion Marine atau Pulau Singa Besar yang dikendalikan oleh Lion Marine Agency ini, memang kawasan pantai kat sini sangat bersih dan tenang je. Disebabkan baru sahaja dibuka, maka kawasan ni pun memamg tak ramai sangat orang, privacy.
Fasiliti yang ada disini termasuklah: Tandas dengan ruang mandi, surau, gazebo, tempat rehat, kafe dengan makanan ringan, sewaan alatan snorkeling, tempat gathering (sesuai datang dengan keluarga besar atau buat family day!).
Ada banyak jenis pakej yang korang boleh ambil kalau korang ke Day Trip ke Pulau Singa Besar / Lion Marine Langkawi ni:
✅ PAKEJ A (RM65) & PAKEJ B (RM85)
→ Island Hopping at Lion Marine (Boat Island Tour)
→ Naik ke Tasik Dayang Bunting
→ Eagle Watching
→ Melawat Pulau Singa Kecil
→ Untuk pakej B, disediakan Snorkeling gear & Life Jacket
✅ COMBO (RM130)
→ Naik ke Tasik Dayang Bunting
→ Eagle Watching
→ Melawat Pulau Singa Kecil
→ Lion Marine
→ Snorkeling & life jacket
→ Termasuk BBQ
✅ PAKEJ PREMIUM (RM168)
→ Pulau Dayang Bunting
→ Echo Island, Pulau Selat Akar
→ Pirate Island, Kubang Laut
→ Fun Fishing (Ikan air laut) bawa ke Lion Marine Langkawi, untuk dimasak
→ Eagle Watching
→ Pulau Singa Kecil
→ Pulau Singa Besar
Tambah menarik lagi, masa snorkeling haritu, berpeluang pula jumpa dan nampak Kerang Gergasi Harimau ni. Memang besar dan memang banyak kat sini. Siap ada promo, kalau korang jumpa kerang ni, bawang snorkeling yang korang sewa tu jadi free.
Kami memang have fun sangat sepanjang Day Trip ke Lion Marine Langkawi / Pulau Singa Besar. Saya pula memang jenis suka lepak kat pulau, sambil dengar deruan ombak, masa lepak kat sini otak tenang je dahla private.
Nak makan pun dah settle, sebab ambil dengan pakej siap makanan BBQ. Sedap pula tu, kenyang sebab ada Nasi Goreng Cina, Sosej Bakar, Ayam Bakar, Satay Ayam dengan Kuah Kacang, Udang Bakar, dan Sotong Bakar. Semua sedap!
Lion Marine Langkawi
Lion Marine Agency, Teluk Baru, Langkawi, Kedah.
Contact: 012-4348400 (En Hisham)
Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak.
QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com
Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [Zayani: QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi dan Pulau Tuba.
Zayani Zulkiffli.
0 Comments