Port Camping: Natura Campground Pahang

Hi dan salam sejahtera korang,

Siapa kat sini yang suka camping angkat tangan sikit? Jujur cakap, kami suami isteri bukan lah kaki camping, in fact baru nak membawa diri belajar tentang camping. Camping ni saya perasan makin naik pesat di Malaysia selepas PKP.

Nak camping ni bukan mudah, sebab nak kena plan banyak benda. Daripada nak pilih lokasi, aktiviti, kemudahan, makan, dan banyak lagi. Antara camping site yang kami pernah pergi dah suka adalah di Natura Campground yang terletak di Bentong, Pahang.

Sebenarnya tak adalah jauh sangat pun dari KL nak ke lokasi camping ni, lebih kurang dalam 3 jam jalan di Lebuhraya Utara-Selatan. Kalau bawa family, anggap je macam road trip sebab sepanjang jalan menghala ke camping site ni banyak tarikan menarik juga.

Review kawasan camping Natura Campground Pahang



Sebelum sampai di Natura Campground, Bentong, kami singgah kenyangkan diri makan tengah hari di kedai makan tepi jalan je, Kedai Makan Kak Su yang terletak di Simpang Pelangai. Kat sepanjang jalan tu memang tak susah nak cari kedai makan sebab ada banyak.

Dari kedai makan tu pun tak jauh ke campsiite, lebih kurang 20 minit sampai dah. Trip kalini kami pergi dengan Geng KembaRojak yang disertai oleh AlongMurni, Aerill, dan of course Encik Shuben tersayang saya.


Port camping di Bentong, Pahang


Sebenarnya lokasi Natura Campground ni tak susah pun nak jumpa. Kami pun pakai Waze ke terus ke lokasi, jumpa Natura Campsite yang terletak di Kampung Shafie, Manchis, Bentong Pahang ni. Cuma memang dalam sikit lah sebab campsite ni buat diatas tanah persendirian, baru la syok.

Natura Campsite memang luas dan lengkap dengan fasiliti asas seperti tapak khemah, bilik untuk disewa, tandas kongsi, dewan, tempat berkumpul, kedai runcit mini, surau, penapis air, kolam air sungai, laluan trekking dan ada juga kawasan air terjun kat sini tau!

Ramai yang datang untuk camping, memang vibe habis. Tapi kalini kami datang untuk cuba menginap di Chalet Hobbit House di Natura Campground, Ulu Semei. Nak stay bermalam di Hobbit Chalet ni memang kena book awal sebab ada 10 unit sahaja.

Port camping di Bentong, Pahang.



Unik pengalaman bermalam didalam Chalet Hobbit di Natura Campground ni sebab walaupun chalet, tapi vibe feel macam camping masih ada. Korang tengok gambar kat bawah, bilik dia untuk 2 orang, diberikan sekali dengan katil dan bantal camping, dan kipas. Memang basic, sesuai dengan harga dia.

Jujur cakap, dalam chalet ni kalau waktu siang memang panas. Bila siang kami ramai-ramai lepak di kolam air sungai beramai-ramai sambil main mini game. Tapi bila malam je, boleh berebut selimut sebab sejuk dalam chalet ni. 

Saya rasa standard kot, kalau camping tidur dalam khemah pun, kalau dah siang tengah hari memang akan panas kan, malam je sejuk. Jadi acceptable la, sesuai untuk orang macam kami yang tak ada khemah tapi nak merasa ‘camping’.



Jom saya cerita sikit tentang Natura Campground yang muka dibuka sejak dari tahun 2015 lagi, tapi kerja-kerja baik pulih dan cantikkan kawasan campground ni siap selepak PKP dan masa ini lah tempat ni mula mendapat perhatian peminat camping.

Selain camping kat sini, ramai juga orang kawasan sini yang datang untuk berkelah picnic dan mandi air kolam air bukit kat sini. Harga untuk picnic pun bayar per kereta sahaja.

Harga Camping di Natura Campground, Ulu Semei, Bentong, Pahang

Chalet Hobbit: RM100/ malam - Bilik untuk 2 orang dan kipas.
Family Collina: RM200/ malam - Bilik untuk 2 orang dan ada aircond.
VIP Chalet Cara Albero: RM300/ malam - Bilik berhawa dingin.
Tapak khemah (Tanpa khemah): RM70 - untuk tapak seluas 8ftx7ft.

Big Ladyboss Natura Campground, Bentong, Pahang.




Dari segi fasiliti, saya boleh cakap kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi lelaki dan wanita, surau, dewan untuk aktiviti, mini koperasi, water filter, kolam mandi kanak-kanak, kawasan camping yang bersih semua lengkap dan bersih.  

Even kalau waktu malam nak keluar lepak atau ke tandas pun memang ada banyak lampu dah terang untuk korang nak kemana-mana. Kawasan pun memang gated dan inshaAllah selamat.

Cuma antara benda yang pihak Natura Campground boleh improvekan adalah untuk buat tandas di lokasi yang lebih dekat dengan tempat camping, so masa malam takde lah jauh sangat nak jalan tu. Terjaga juga saya pada waktu malam sebab sejuk betul nak ke tandas.






Antara aktiviti yang best yang korang boleh buat di Natura Campground adalah mandi air terjun daripada air mana Bukit Idung dan mandi air kolam yang deorang tarik daripada bukit. Memang best dan sangat fresh! 

Kat sini juga pun ada laluan trekking naik ke bukit untuk tengok view kawasan camping daripada atas. Takdelah jauh sangat, dalam 500 meter macam tu. Suka saya nak tekankan suasana nature dan keselamatan kat kawasan Natura Campground memang nice.




Overall kami memang enjoy dengan trip camping kalini. Sesuatu yang sangat unik untuk sesiapa yang baru nak cuba-cuba belajar camping dan nak merasa suasana camping, tapi tak cukup tools nak berkemah, makanya boleh la cuba stay di Natura Campground.

Saya enjoy fasiliti dan suasana healing kat sini, dapat catchup dengan kawan-kawan, kenal dengan orang baru dan belajar ilmu camping baru daripada pelawat yang stay kat sini juga. Best wei, vibe memalam tu, memang tenang sangat nak stargazing.



Natura Campground - Ulu Semei
Kampung Shafie, Manchis, 28730 Bentong, Pahang.
Contact: 0164494354 (Whatsapp/call)

════════════════════════════════════════════════

Kalau korang mencari kawasan baru nak camping di Negeri Sembilan, korang boleh cuba Payo Campsite yang terletak di Pekan Rengoh, Johol ni. Camping site ini sebenarnya merupakan projek kedua selepas Natura Campground. Kawasan pun nice juga.

Lagi best kalau korang datang masa musim buah, Durian terutamanya, korang boleh makan buah kat kebun ni dengan free je tau. Kawasan ni masih dalam proses pembinaan, so fasiliti yang ada hanyalah tandas dan tempat mandi.

Payo Campsite
H7C6+H5, Pekan Rengoh, 73100 Johol, Negeri Sembilan.
Comtact: 0104261003

Port camping Johol, Negeri Sembilan




Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Memang sangat menarik dapat bermalam di Natura Campground ni. Rasa macam nak repeat lagi pula tapi nak try test berkhemah

FOLLOWERS