Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang,
Tahniah saya ucapkan kepada Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) sebab telah menyambut sambutan ulang tahun yang ke-25 sejak penubuhannya pada 10 Oktober 1997. Satu pencapaian yang sangat luar biasa dan menjadi kebanggaan.
Bermula sebagai hospital yang pertama di kawasan Bangi dan Kajang kini HIAZ telah menjadi pilihan ramai pesakit kerana dengan konsep 'Hospital Mesra Ibadah' selain daripada menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran dengan harga yang berpatutan.
Kalau tanya penduduk Bangi dan sekitarnya, memang ramai akan kenal dan tahu Hospital Islam Az-Zahrah yang dimana banggunan dia terletak di tepi jalan di tengah-tengah Bandar Baru Bangi.
Saya berbesar hati kerana telah dijemput ke majlis sambutan ulang tahun ke-25 Hospital Islam Az-Zahrah yang telah berlangsung pada 7 Februari 2023, bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Sesuai sangat mereka pilih untuk buat di Hotel Tenera yang juga dikenali sebagai hotel mesra Muslim.
Pada majlis ulang tahun HIAZ, ada ramai tetamu, rakan artis, rakan niaga, partner, pemegang taruh (stake holder), rakan media serta kakitangan hospital yang turut diraikan didalam majlis ini.
Antara yang diraikan didalam majlis ini adalah pemegang taruh: Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan Negeri Selangor, agansi kerajaan: Bomba, Polis, Majlis Perbandaran Kajang dan ramai lagi pihak terlibat yang diraikan.
Antara aktiviti dan pameran yang ada pada hari itu adalah saringan kesihatan oleh pasukan kesihatan HIAZ, photobooth, makan tengah hari - luncheon serta sesi networking.
Selain itu, lawatan ke Hospital Islam Az-Zahrah pun turut diadakan untuk tetamu yang berminat untuk melawat hospital berkenaan dengan kenderaan yang disediakan. Jarak pun tak jauh daripada Hotel Tenera, dalam 1.5km macam tu sahaja.
Antara perkhidmatan kepakaran multidisiplin yang ditawarkan oleh Hospital Islam Az-Zahrah termasuklah:
★ Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
★ Pakar Kanak-kanak
★ Pakar Bedah Am
★ Pakar Perubatan Dalaman
★ Pakar Ortopedik dan Traumatologi
★ Pakar Mata
★ Pakar Radiologi
★ Pakar Telinga, Hidung dan Tekak
★ Pakar Dermatologi
Terkenal dengan konsep 'Hospital Mesra Ibadah', Hospital Islam Az-Zahrah memfokuskan dalam memberikan rawatan mesra untuk kemudahan pesakit dan sebagai institusi perubatan yang melaksanakan Islam secara praktikal bagi mendekatkan manusia kepada Allah.
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 'Hospital Mesra Ibadah' di HIAZ?
→ Memberikan rawatan yang selesa dan mesra kepada pesakit.
→ Fasiliti hospital yang lengkap dengan memudahkan proses pesakit menunaikan ibadah.
→ Memberi motivasi dan dorongan rohani ketika menghadapi penyakit.
→ Kehadiran ustaz dan ustazah dalam membantu pesakit beribadah.
→ Membimbing dan membantu pesakit mengerjakan ibadah ketika sakit.
Dari kiri: Ali Karimi Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Hospital Islam Az-Zahrah, Dr. Azaiddin Akasah, Pengarah Perubatan Hospital Islam Az-Zahrah. |
Mewakili Tn. Hj. Abdul Rahman Mt Dali, Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, didalam ucapan beliau adalah, anak ketiganya, En Ali Karimi Abdul Rahman merangkap Timbalan Pengurus Besar Hospital Islam Az-Zahrah.
Ali Karimi juga merupakan salah seorang pelakon didalam filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan yang memegang watak sebagai Brahim.
Sinonim dengan filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan, syarikat bersekutu dan anak syarikat diawah Hospital Islam Az-Zahrah, Studio Kembara turut mengadakan gimik perasmian yang istimewa dimana majlis ini diraikan dengan aksi memanah oleh En Ali Karimi.
Bercakap mengenai pelan terdekat, Dr. Azaiddin Akasah, Pengarah Perubatan Hospital Islam Az-Zahrah berkata proses pembukaan cawangan ke-2 Hospital Islam Az-Zahrah di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) sedang berjalan dan akan dibuka tidak lama lagi.
Memilih BTHO sebagai lokasi kedua, mereka percaya akan mampu menyediakan perkhidmatan kepakaran dengan mengekalkan harga yang berpatutan tapi masih lagi kompetitif didalam hospital swasta. Untuk pengetahuan, HIAZ turut berkolaborasi bersama dengan insuran.
Sekalung Tahniah saya ucapkan kepada Hospital Islam Az-Zahrah yang dahulunya bermula dengan perkhidmatan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dan Klinik Pesakit Luar. Kini, setelah 25 tahun berada didalam bidang perkhidmatan hospital, HIAZ menjadi pilihan ramai pesakit.
Selamat maju jaya!
Hospital Islam Az-Zahrah
34, Jalan Medan Pb 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Contact: 03-89212525/ 2500
Website: www.azzahrah.my
Facebook: www.facebook.com/Hospital.Islam.AzZahrah
Instagram: www.instagram.com/hospitalislam_azzahrah/
TikTok: www.tiktok.com/@hospitalislamazzahrah
Zayani Zulkiffli.
5 Comments