Pengalaman Sertai Putrajaya Cultural Run 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Lama dah Faeez dan saya plan nak sertai acara larian untuk aktifkan diri selepas PKP. Tapi macam biasa lah, banyak alasan bila nak mula exercise dan training kan. Haha. Tapi lepas operation Faeez bulan Oktober 2022 haritu, kami berdua dah berazam memang kena kekal aktif balik.

Kami pun mula exercise sikit-sikit, memula kat rumah, lepas tu ke taman. Biarlah mula dengan 1km, asalkan dapat gerakkan diri. Bangga dengan Faeez yang walaupun tak sampai 2 bulan selepas operate besar, boleh mula lari semula.

Kami sertai Putrajaya Cultural Run (PCR) 2022 pada 18 Disember 2022 yang berlokasi di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya. Untuk permulaan, kami sertai acara larian 4km.


Putrajaya Cultural Run (PCR) 2022 telah dianjurkan oleh Red Adventure Sdn. Bhd. dan Persatuan Rekreasi Wanita Malaysia dengan sokongan daripada Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya KL/Putrajaya.

PCR 2022 turut ditaja oleh ANBOT Store - pengedar produk-produk outdoor dan Studio Kembara - penerbit filem epic terbaru Mat Kilau yang juga telah menaja hadiah untuk cabutan bertuah.



PCR 2022 sepatutnya diadakan pada 19 November 2022 haritu, tapi terpaksa ditunda sebab pilihanraya tempoh hari. Walaupun begitu, PCR 2022 berjaya menarik lebih daripada 1500 peserta diseluruh negara untuk sertai acara larian yang unik ini.

Menariknya PCR kalini, acara larian ini memang style fun run, dimana tidak ada pemenang dalam kedua-dua acara larian 4km dan 7km, tetapi sebab PCR berkonsepkan larian santai yang menggabungkan unsur sukan, seni dan budaya, maka ada pemenang pakaian tradisional terbaik.

Dengan tema yang berkonsepkan kebudayaan, peserta digalakkan untuk berlari sambil memakai pakaian tradisi masyarakat Malaysia. Ramai peserta yang hadir dengan busana atau at least 1 elemen tradisional. Even tshirt event PCR pun memang tradisional sangat. 


Credit gambar daripada Facebook: @Checkpointspot

Laluan Putrajaya Cultural Run 2022 dibuat di sepanjang Persisiran Tasik "Core Island" yang terletak dikawasan Anjung Floria di Presint 4 dengan usaha untuk mempromosikan laluan 10 Ribu Langkah Putrajaya.

Banyak juga banggunan ikonik Putrajaya yang boleh nampak sepanjang perjalanan larian. Kawasan larian pun memang terjaga baiknya, sesuai buat laluan untuk beriadah kalau nak exercise kat sini. Nasib baik fun run, sempat lah kami bergambar dengan banggunan ikonik ni.

Antara kawasan dan banggunan yang kami lalu semasa larian adalah:
♥ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
♥ Kompleks Islam Putrajaya
♥ Millennium Monument (Monumen Alaf Baru)
♥ Seri Saujana Bridge (Jambatan Seri Saujana)
♥ Putrajaya Broken Bridge
♥ Pantai Floria.



Bangganya dengan Faeez dan juga diri sendiri sebab berjaya habiskan larian ni walaupun slow, ada jalan banyak daripada berlari. Lupa nak timing berapa lama, kalau tidak boleh la train untuk pecahkan rekod baru ada semangat kan.

Dengan bayaran penyertaan Putrajaya Cultural Run sebanyak RM49.00 - untuk mana-mana kategori, peserta akan dapat tshirt, finisher medal, bib, peluang untuk sertai cabutan bertuah - ada 100 hadiah!, dan juga mineral dan refreshment!




Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta sebab habiskan larian tak kiralah samada korang lari untuk 4km atau 7km. Good job sebab dah luangkan masa untuk beriadah dan kekal aktif. 

Tahniah kepada pemenang peserta larian dengan contest costume pakaian tradisional terbaik dalam kategori lelaki dan wanita yang membawa pulang hadiah sebanyak RM200 untuk juara, RM150 untuk tempat kedua dan RM100 untuk tempat ketiga.

Kenangan untuk kami juga sanggup naik motosikal selama kurang daripada 30minit daripada Cheras, kononnya sebab takut jalam sesak dan tak ada parking. Padahal masa sampai jalan lenggang je, parking pun banyak pulak tu. Haha. Thank you Bee <3



Putrajaya Cultural Run
Facebook: www.facebook.com/putrajayaculturalrun


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Mahamahu said…
Bestnya dapat sertai larian maddle pun cantik sangat unik bestnya... Nak joint lah tapi sekarang musim hujan jer hehehehe tak apa tahun depan lah wakakakkaa..

FOLLOWERS