Pengalaman Menyertai Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022

Hai dah salam sejahtera korang!

13 November 2022 haritu, saya ada menyertai Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt yang dianjurkan bersempena dengan Selangor International Travel Photo Festival, bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Festival yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor telah diadakan dari 12 - 13 November 2022, sebagai salah satu usaha untuk mempromosi destinasi pelancongan domestik di Selangor.

Terima kasih saya ucapkan buat rakan sepasukan, AlongMurni (Blog: @AlongMurni) sebab sudi ajak nak buat team sekali. Ini merupakan kali kedua kamu bekerjasama secara berkumpulan didalam aktiviti explorace macam ni.



Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022

Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt merupakan pertandingan dengan berkonsepkan explorace, dimana peserta perlu mencari jawapan dengan hanya menggunakan soalan dan klu yang diberikan. Dalam photo-hunt kalini, hanya mengambil tempat didalam Paradigm Mall.

Sebanyak 35 pasukan telah menyertai pertandingan photo-hunt ini. Hadiah yang diberikan pun agak lumayan dengan RM1000 untuk tempat pertama, RM300 untuk 3 pemenang, dan 10 Hadiah saguhati RM100. Kira okay la tu kan kalau menang.



Sesuatu yang unik untuk explorace pada kali ini sebab berdasarkan soalan yang diberikan, kita kena jawab dengan gambar. Jawapan adalah subjektif dan akan dinilai secara kreatif oleh pengadil. Kalau ikutkan, soalan dia memang general, boleh je nak bagi jawapan apa pun.

Berikut merupakan 8 soalan yang ditanya didalam Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt pada edisi kali ini:

✔ Soalan 1: (clue Level 2) - Colours that make me happy / Warna yang menggembirakan saya 
✔ Soalan 2: (clue Level 2) - Am I the artist or craftsman? / Adakah saya pelukis atau tukang kraftangan?
✔ Soalan 3: (clue Atrium or Any Level) - Joy of jumping / Keriangan melompat 
✔ Soalan 4: (clue Atrium or Any Level) - Walk here wallk there / Jalan ke sini jalan ke sana
✔ Soalan 5: (clue Atrium or Any Level) - The hands that weave / Tangan yang menganyam
✔ Soalan 6: (clue Any Level) - Is this real or fake? / Ada ka ini benda sebenar atau palsu?
✔ Soalan 7: (clue Atrium or Any Level) - The faces of joy / Wajah-wajah kegembiraan 
✔ Soalan 8: (clue Any Level) - I'm hungry now. What's delicious to fill my stomach? / Saya lapar sekarang. Apakah yang paling lazat untuk isi perut saya?

Berikut, dibawah merupakan apa yang team kami submit untuk pertandingan ini mengikut daya kreatif dan jawapan yang lain daripada yang lain.






Sepanjang pertandingan berjalan, memang Murni dah saya have fun dalam menjawab dan meneka jawapan yang diminta dari sisi kreatif dan fikir diluar kotak. Bukan setakat penat berjalan nak mencari jawapan, malah penat otak nak fikir nak jawap apa.

Kriteria pemilihan pemenang akan dipilih dari segi kreativiti, masa hantar dalam waktu yang dibenarkan, dan juga tak boleh edit gambar menggunakan software dari komputer ataupun laptop, tapi kalau nak enhance tak ada masalah.

Kalau korang berminat untuk tengok koleksi gambar Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt dan pemenang untuk, korang boleh tengok hashtag ini di Facebook: #PusingSelangorDulu #SITPF2022 #SplendidSelangorPhotoHunt2022


Good news lagi, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini telah berjaya menarik seramai 88000 hingga 10000 pengunjung sepanjang festival ini berlangsung. Sepanjang festival, ada pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, sepanjang 2 hari festival, ada pelbagai aktiviti di khemah utama dari segi persembahan istimewa, sesi sharing daripada vendor yang terlibat dan keunikan Selangor turut diperkenalkan kepada pengunjung.

Tahu tak korang, specialnya negeri Selangor sebab merupakan sebuah negeri yang telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. 




Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan juga peserta kerana berjaya habiskan explorace dan jawab semua jawapan. Yang menang pun gambar memang cantik-cantik edit mereka dan memang something new yang lain daripada yang lain.

Rakan blogger pun ramai yang sertai Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt. Masing-masing berebut nak tunjuk skill ambil gambar dan berfikir diluar kotak. Tahniah saya ucapkan kepada team blogger sebab berjaya sampai habis.



Terima kasih kepada AlongMurni sebab sudi berpasangan sekali untuk buat pasukan. Harapnya tak serik lah nak team lagi. Walaupun kita tak memang, tapi kami masing-masing berpuas hati dengan jawapan dan pencapaian yang kami buat haritu.

Semoga berjumpa lagi pada next explorace!

With love, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

9 Comments

yaya_flanella said…
Seronoknya! Dalam masa yang sama boleh kenali keunikan negeri Selangor ^_^
Ruby said…
aaaa bestnya! Akak masa ahad lepas ada Hari Sukan Sekolah anak. Tu yang dapat join. Bab treasure hunt ni memang fav! Next year lah join. hahaha.
Rawlins GLAM said…
Wah. Bestnya photo hunt camnie. Teringin plak nak join dan uji ketajaman fikiran dan mata hehe
Kitkat Nelfei said…
Best ada event mcm ni, boleh explore the place and look it at creative angle kan!
AyuArjuna BiGoshh said…
seronok macam-macam aktiviti yg kita buat kat sana kan... satu pengalaman yang manis :-)
Bae Roslan said…
bestnyaaa dah lama tak join treasure hunt camni. menguji minda dan fizikal gak. besttt
仙妮 said…
Seems like so exciting fun this photo hunt, good initiative from the tourism authority. Nice one. Cheers Siennylovesdrawing
Sunshine Kelly said…
This is so fun, i wanted to join but the date clashed with my running event.
Farhana Jafri said…
comelnya have fun dengan sis AM! Banyak juga aktiviti dekat situ, spend time dengan family atau kawan2 syok juga ni

FOLLOWERS