Hello dan salam sejahtera korang!
Berita baik untuk korang yang minat dengan sabut Parrot Natural Botanicals, lepas ni dah tak payah order sabun ni nun jauh daripada Thailand lagi sebab sekarang, korang dah boleh beli sabuh legend ni di semua pasaraya di Malaysia dan juga di online shop, Shopee.
Untuk korang yang tak pernah dengan tentang jenama sabun Parrot Botanicals atau Parrot Natural, jenama sabun ini sebenarnya merupakan salah satu jenama kebanggaan orang Thailand sebab merupakan jenama sabun NO.1 disana.
Jenama sabun ini sangat popular di Thailand dan merupakan jenama sabun yang berjaya mendapat anugerah didalam kategori "Premium product of Thailand Award in Beauty and Personal Care" yang dianugerahkan oleh Kementerian Industri Thailand.
Video Review Parrot Natural Botanicals
Parrot Natural Botanical No.1 Authentic Thai Botanicals Freshness |
Antara sebab kenapa jenama sabun Parrot Natural Botanical ini menjadi pilihan ramai adalah sebab sabun ni sangat wangi dan baunya memang tahan lama sehingga 8 jam.
Kalau yang familiar dengan sabun ni, mesti tahu kalau dulu-dulu, bila ada orang lalu depan kita dan bau wangi tu, sebenarnya bukan daripada perfume, tapi daripada bau wangi sabun ni sebabkan wangian botani Thai yang unik dengan minyak herba tradisional.
Kalau ikutkan, dalam jenama Parrot Natural Botanicals, ada 9 jenis Bar Soap yang mereka ada, sesuai digunakan untuk semua golongan umur dan jantina. Bau yang ada pun banyak yang berbeza, ada yang bau sweet, ada yang woody, earthy, refreshing dan di-infuse dengan essential oil.
Parrot Bar Soap: Unique Thai Botanical Fragrance with Traditional Herb Oil |
Antara produk Bar Soap daripada Parrot Natural Botanical adalah:
🌸 Sweet Pink Roses
🌸 Thai Botanical & Herbs
🌸 Thai White Jasmine
🌸 Floral
🌸 Scented Wood
🌸 Frangipani
🌸 White Sakura
🌸 Lily Peach
🌸 Thanaka
Daripada itu, ada 5 jenis hot selling yang dijual di pasaran Malaysia: Botanical & Herbs, White Jasmine, Sweet Pink Roses, Thanaka dan White Sakura.
Parrot Bar Soap Thai Botanical & Herbs (55g)
Bahan kandungan: Sodium Palmitate, Sodium Oleate, Aqua (Water), Sodium Stearate, Sodium Laurate, Sodium Myristate, Glycerin, Sodium Linoleate, Perfume, Sodium Caprylate, Sodium Chloride, Tetrasodium EDTA, Phosphoric Acid, Titanium Dioxide, Tetrasodium Etidronate, Editronic Acid, CI 1710, CI 74280.
Merupakan sabun yang best selling dan menjadi pilihan ramai. Sabun Thai Botanical & Herbs merupakan satu sabun dengan bau yang sangat familiar.
Teringat masa kecik pernah bau ni, terus teringat nenek dulu pernah ada sabun ni kat rumah. Bau dia unik dan special sebab ada kandungan unik minyak wangi herba botanical dengan clove oil dan citronella oil.
Parrot Bar Soap Thai White Jasmine (55g)
Bau sabun ni pula manis-manis bau Thai Jasmine yang soft, yang juga dicamour dengan ekstrak asam jawa (tamarind) yang terkenal dengan fungsi yang mampu membantu memutihkan dan meratakan tona kulit. Bau Thai White Jasmine merupakan bau kegemaran saya.
Parrot Bar Soap Sweet Pink Roses (55g)
Bau yang sangat manis dan wangi, sesuai digunakan untuk orang perempuan pelbagai usia sebab baunya yang romantis semanis bau bunga ros. Juga dilengkapi dengan tambahan aloe vera yang akan membantu melembapkan kulit.
Parrot Bar Soap Thanaka (55g)
Kalau di Thailand memang popular dengan sabun dengan penggunaan White Thanaka yang terbukti mampu membantu mencerahkan kulit serta mewangikan kulit dalam jangka masa yang lama. Bau White Thanaka yang seakan-akan earthy-woody ini pun antara kegemaran saya juga.
Parrot Bar Soap White Sakura (55g)
Korang yang suka dengan bau yang lebih soft, boleh cuba White Sakura. Bau yang ni lebih lembut dengan ada hint bau bunga White Sakura untuk membantu memutihkan kulit dan buatkan korang punya kulit nampak 'efek' kulit pinkish.
Review Parrot Natural Botanical Bar Soap:
⭐ Sabun buku ni tak perluka banyak air untuk buihkan dia, cukup dengan basahkan badan dan boleh terus usap dibadan.
⭐ Suka dengan packaging yang klasik sebab mereka kekalkan design packaging yang lama.
⭐ Sabun bewarna-warni dan menarik, jadi membolehkan kita mudah nak bezakan jenis bau dia.
⭐ Bau memang sangat wangi dan tahan lama apabila disabun pada badan.
⭐ Bau tidak sekuat Parrot Liquid Soap Shower Cream, jadi korang yang tak suka bau wangi yang kuat, boleh pakai sabun buku ni.
Untuk Parrot Liquid Soap, mereka ada 7 jenis bau shower cream yang terbahagi kepada Classic Series dan Pastel Series:
🌸 Sweet Pink Roses
🌸 Thai Botanical & Herbs
🌸 Thai White Jasmine
🌸 White Sakura
🌸 White Thanaka
🌸 Lily Peach Cool
🌸 Classic Cool
Tapi untuk dipasaran Malaysia, untuk setakan ini hanya 3: Thai Botanical & Herbs, White Sakura dan White Thanaka sahaja yang boleh didapati di semua pasaraya hypermarket, supermarket, kedai serbaneka, pasar mini dan juga secara dalam talian di Shopee: @bb_bliss_official
Review Parrot Natural Botanicals Shower Cream/ Liquid Soap:
⭐ Suka dengan tekstur Parrot Botanicals Shower Cream yang sangat berkrim dan banyak buih.
⭐ Bau jangan cakap lah, memang harum manis bau korang.
⭐ Bau Parrot Botanicals Shower Cream sangat wangi! Wangi yang sedap dibau, natural dan bukan macam perfume yang bau agah harsh.
⭐ Bau wangi shower cream ni pun tahan lama sehingga 8 jam tau!
⭐ Menjimatkan sebab dalam 1-2 pam sahaja dah boleh pakai untuk satu badan untuk sekali mandi.
⭐ Dikeluarkan khas mengikut wangian sabun buku yang menjadi pilihan ramai, tapi didalam bentuk shower cream.
⭐ Bau yang lebih kuat dan wangi daripada sabun buku Parrot Natural Botanicals.
⭐ Bonus point, bilik mandi pun bau wangi je lepas mandi, dan tak payah beli wangian untuk toilet korang sebab bau dia tahan lama.
Parrot Botanicals Shower Cream Thai Botanical & Herbs/ Unique Botanical (500ml)
Bahan kandungan: Water (Aqua), Lauric Acid, Myristic Acid, Potassium Hydroxide, Sodium Laureth Sulfate, Cocamide MEA, Potassium Chloride, Glycol Distearate, Sodium Chloride, Fragrance, Lauryl Glucoside, Cocamidopropyl Betaine, Imidazolidinyl Urea, Sodium Lactale, Sodium Gluconate, Disodium EDTA, CI 19140, CI 42090.
Jenama Parrot Natural Botanics memang terkenal dengan bau unik daripada seleksi Thai Botanical & Herbs ni. Antara bau jenis sabun yang best selling adalah daripada sabun wangi yang dapat daripada tumbuhan botanik Thai yang special.
Bau yang ni lebih fresh, dan sangat sesuai untuk digunakan untuk lelaki dan wanita, untuk semua golongan umur sebab bau dia lebih free dan wangi.
Parrot Botanicals Shower Cream White Sakura (500ml)
Bahan kandungan: Water (Aqua), Lauric Acid, Myristic Acia, Sodium Laureth Sulfate, Potassium Hydroxide, Cocamide MEA, Potassium Chiarda, Fragrance, Sodium Chioride, Glycol Distearate, Cocamidopropyl Betaine, Hydrolyzed Jojoba Esters, Imidazolidinyl Urea, Disodlum EDTA, Sodium Lactate, Sodium Gluconate, Niacinemide, Prunus Serrulata Flower Extract, Butylene Glypal, Cl 172l.
Bau White Sakura ni fresh dan sweet je. Shower cream White Sakura bau dan di-infuse dengan kandungan yang boleh membantu melembutkan dan mencerahkan tona kulit selain daripada mewangikan badan sesuaia saja yang pakai shower cream ni.
Tapi, yang paling pasti, kalau korang mandi pakai shower cream ni, bau dia boleh tahan sehingga 8 jam, mengikut kajian yang telah mereka buat.
Parrot Botanicals Shower Cream White Thanaka (500ml)
Bahan kandungan: Water (Aqua), Lauric Acid, Myristic Acid, Sodium Laureth Sulfate, Potassium Hydroxide, Cocamide MEA, Fragrance, Potassium Chloride, Sodium Chloride, Glycol Distearate, Cocamidopropyl Betaine, Hydrolyzed Jojoba Esters, Imidazolidinyl Urea, Disodium EDTA, Sodium Lactate,Sodium Gluconate, Butylene Glycol, Limonia Acidissima Extract, Cl 14700, CI 19140, Cl 42080.
Kegemaran saya, shower cream variasi White Tanaka memang menjadi pilihan saya kalau mandi nowadays. Suka dengan bau shower cream ni yang lembut dan tidak terlalu kuat dan juga fungsi White Thanaka yang membantu melembutkan dan melembapkan kulit.
Variasi sabun Parrot Natural Botanicals boleh didapati di semua pasaraya hypermarket, supermarket, kedai serbaneka, pasar mini seluruh Malaysia dan juga secara dalam talian di Shopee: @bb_bliss_official.
Harga Parrot Natural Botanicals Malaysia:
RM3.35-RM6.50 untuk Parrot Natural Botanical Bar Soap
RM17.90 untuk Parrot Botanicals Shower Cream.
Parrot Natural Botanicals Malaysia
Instagram: www.instagram.com/parrot.natural
Facebook : www.facebook.com/ParrotNaturalMY
Shopee: @bb_bliss_official
Zayani Zulkiffli.
7 Comments