Buffet Ramadan 2022 | Sunway Putra Hotel

Hai dan Assalamualaikum korang,

Pada tahun ini, Sunway Putra Hotel membawakan hidangan makan malam buffet berbuka yang special dengan tema "Selera Nostalgia Mal-Indo" Buffet Dinner. 

Dengan membawakan menu makanan dari Malaysia dan Indonesia, buffet Ramadan kali ini akan memperkenalkan menu special dua negara serumpun, yang akan menunjukkan kedua-duanya memiliki sejarah budaya kulinari yang sama.

Bagi saya, buffet Ramadan 2022 Sunway Putra Hotel sangat special untuk mereka yang rindu dengan makanan asli Indonesia, dan disebabkan pandemik yang tak boleh travel keluar negara dan untuk mereka yang nak rasa makanan asli tradisi Indonesia.


Menu buffet Ramadan di Sunway Putra Hotel yang menghidangkan menu sepanjang 100 meter ini termasuklah menu popular Malaysia dan menu yang dibawakan khas daripada bahagian Sumatera, Sulawesi, Jawa dan sebahagian Kalimantan, Indonesia.

Walaupun dah banyak kali kami travel ke Indonesia, banyak juga menu baru yang kami cuba di buffet Ramadan di Sunway Putra Hotel pada tahun ini. Something new and special.



'Selera Nostalgia Mal-Indo' membawakan pelbagai hidangan makanan tempatan Malaysia yang korang kena cuba seperti:

♥ Kari Kepala Ikan Merah
♥ Rendang Tok
♥ Makanan Laut Bakar-bakar dan Aneka Daging, 
♥ Sate dan Lemang dengan Serunding Ayam & Daging



Antara menu Indonesia bahagian Sumatera, Sulawesi, Jawa dan sebahagian Kalimantan, yang korang kena cuba kalau datang berbuka disini:

♥ Soto Betawi
♥ Sup Tulang Rawon
♥ Nasi Uduk
♥ Daging Sapi Dendeng Berlado
♥ Pecel Lele dengan Santan
♥ Paru Sambal Terasi
♥ Ayam Bakar Taliwang
♥ Gulai Daun Singkong 


Selalunya kalau buffet berbuka yang kebanyakan saya pergi, mesti ada kambing bakar, tapi di buffet Ramadan Sunway Putra Hotel 2022, deorang ada Makanan Laut Bakar-Bakar beserta dengan kuah sambal dan sos pilihan.

Ada Ikan, Kerang, Lala, even Ayam dan Daging pun ada. Lagi senang nak makan sebab dah potong kecil-kecil. Fresh lagi, lepas minta baru deorang bakar.




Kalau korang selalu makan di Sunway Putra Hotel, pasti korang tahu yang mereka sangat terkenal dengan kesedapan hidangan Kari Kepala Ikan Merah. Ramai orang cakap yang kari kepala ikan merah di Sunway Putra Hotel merupakan yang terbaik di Kuala Lumpur.

Sebab itulah, pada tahun ini special lagi sebab menu ini turut disediakan didalam hidangan buffet Ramadan berbuka puasa di Sunway Putra Hotel. Kalau ikutkan nak datang makan kari kepala ikan kat sini mahal juga, dengan harga buffet sangat berbaloi.



Suka juga kita boleh customize kan apa nak letak didalam kuah sekali dengan kepala ikan merah. Semua ni dah pre coocked, so bila masuk dengan kuah kari panas memang sedap lah. Ratah amcam tu saja pun dah puas hati.

Suami dan saya memang suka dengan menu kari kepala ikan ni, kami bagi rate 5 bintang untuk hidangan ini. Sesuai lah mereka terkenal dengan title kari kepala ikan yang paling sedap di Kuala Lumpur.



Tak sah lah kalau menu Mal-Indo tapi takde sambal-sambal dan ulam-ulaman sebab ini boleh kata makanan ruji orang Melayu Malaysia dan Indonesia kan. Segala jenis sambal semua ada kat sini, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak, Sambal Limau, Sambal Terasi.

Bukan setakat sambal dan ulam je yang ada, kerabu pun ada tau. Antara kerabu yang saya recommend adalah: Kerabu Kacang Botol Kerisik, Kerabu Ayam Pedas, Kerabu Ikan Pedas, Kerabu Betik Muda dan Kerabu Taugeh Kerisik.

Untuk mereka yang nak cari salad pun ada hidangkan, siap ada dengan pelbagai pilihan salad dressing seperti Mayonis, Sesame, Mustard, French Dressing, Asian House Dressing.



 Antara makanan asli Indonesia yang saya recommend untuk korang cuba pula adalah: Soto Betawi, Sup Tulang Rawon dan Nasi Uduk.

Memang rugi sangat kalau korang tak cuba menu special ni. Paling saya tertawan sekali adalah dengan Soto Betawi dia. Rasa lebih kurang macam lontong, tak macam jenis soto dengan sup yang biasa kita makan. Sides dia pun sedap.

Soto Betawi

Nasi Uduk

Nasi Uduk

Menu hari Raya di Malaysia mesti lah wajib ada walaupun masih dalam bulan Ramadan. Ada Lontong, Nasi Impit, Lemang, Rendang Tok, Serunding, dan juga Satay Ayam dan Daging berserta dengan Kuah Kacang.




Tak sah pula kalau buffet tapi tak ada banyak menu pencuci mulut kan. Makanya di buffer berbuka puasa Sunway Putra Hotel ada banyak hidangan pencuci mulut termasuklah daripada kuih-muih, kek, puding, tart, buah-buahan dan sebagainya.





Tak cukup dengan tu, peminat Ais Kacang dan Ais Krim tak cukup perut sebab mereka juga ada hidangkan penyejuk mulut ini untuk korang. Paling impress, dengan banyak topping tau! Barulah betul-betul best dan puas hati makan.




Jujur cakap, memang kami berdua puas hati sangat dengan buffet Ramadan Sunway Putra Hotel. Sebelum ini pun dine-in memang sedap belaka makan kat sini. Boleh je nak repeat lagi ni.

Untuk tempahan berbuka puasa di Sunway Putra Hotel, boleh hubungi talian call 03 4040 9888 atau email kepada spkl.ch@sunwayhotels.com .


Tarikh Buffet Ramadan di I'dahlia Corner, Kuala Lumpur: 
9 April - 1 Mei 2022
Masa: 6.30pm-10pm

Harga buffet:
Dewasa RM129+, Kanak-kanak & Warga emas RM64.50+
*Maxima 2 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun: makan percuma per 1 dewasa.


Sunway Putra Hotel
100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur.

Contact: 0340409888
Website: www.sunwayhotels.com/sunway-putra
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel



Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

11 Comments

fafa (n_n) said…
Wowowowwww ada kari kepala ikan merah pulak tu. Uishhhh dapat makan tu memang terlentang hehe btw menu semua sedap2 berbaloi dengan harga
AyuArjuna BiGoshh said…
wah tgk makanan kat sini semuanyany mengiurkan... memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan
Marina Bashah said…
telan air liur tengok makanan dia. macam mana agaknye rasa soto betawi tu
Sis Lin said…
Perghh banyak betul pilihan menu dia, setanding harganya tu, takde laa mahal nau yaaa...
halimah muhiden said…
Semua jenis menu buffet Ramadan 2022 Sunway Putra Hotel tentu happy dpt mkn pelbagai juadah
Ruby said…
Akak terliur dengan ulam dan kerabu tu. Fav betul cari tempat berbuka ada ulam dan kerabu. Kalau takde, mesti sedih. Hahaha.
Huda Halid said…
seronok yer berbuka di sini, semua juadah berbuka semua nampak sedap dan menyelerakan. pernah makan di sini sekali, best sebab selesa dan staff pun friendly
Ruby said…
MasyaAllah banyak juadah. Memang best! Ramadan next year boleh consider!
Rolling Grace said…
This place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread that's perfect for the whole family!
Kitkat Nelfei said…
Menariknya berbuka puasa kat sini kan... next Ramadan nak try la... love the spread yang mereka offer ye kat sini..
Tini Alif said…
Suka konsep Mal-Indo yang cuba diketengahkan oleh Sunway Putra Hotel. Yelah, kita kan serumpun. Pusing mana-mana pun, menu masakan akan tetap seakan-akan sama. Banyak betul menunya ya. Nampak sedap bebenor. Berbaloi memang berbaloi.

FOLLOWERS