Promosi Menu Ramadhan daripada Starbucks Malaysia

Hai dan salam sejahtera korang,

Bulan Ramadhan tahun 2019 saya sempat ke Starbucks untuk tengok apa promosi dan menu yang menarik yang mereka ada. Tak sangka banyak juga menu terbaru yang mereka keluarkan untuk pelanggan mereka pada bukan Ramadhan.

4 menu terbaru itu adalah: Bandung Eclair, Gula Melaka Donut, Green Velvet Nangka Cake dan Ondeh-Ondeh Muffin. Semua menu yang baru ini diinspirasikan oleh citarasa dan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia.


 

Bandung Eclair
RM7.30

Eclair ni baru nak popular di Starbucks. Sedap dan lembut, tambah pula dibuat dengan rasa bandung dengan berintikan krim custard. Atas eclair tu pula ada topping coklat bewarna merah jambu menandakan eclair ni rasa bandung.

Dah lama saya cari eclair yang sedap, finally jumpa pun kat Starbucks. Saya suka sebab tak terlalu manis dan lembut. Dengan harga yang mereka jual dan saiz yang besar, memang puas hati. Tambah pula makan dengan kopi Veranda Blend atau Kenya bean, pergh layan.


Donut Gula Melaka
RM7.20

Di Starbucks, memang tak sah kalau tak cuba donut mereka. Donut Gula Melaka ini dibuat dengan khas dalam bentuk bintang dan disaluti dengan gula melaka. Kat atas dia, ditaburkan pula dengan parutan isi kelapa dari Hawaii.

Donut Gula Melaka yang baru ini memang ada satu rasa yang sangat unik. Dia ada rasa manis gula melaka, dan juga ada rasa isi kelapa. Dalam dia pun ada inti parutan kepala. Disarankan untuk cuba dengan Pike Place Rooast benas atau Starbucks Ice Shaken Passion Tea.


Kek Nangka Velvet Hijau 
RM13.70

Merupakan menu kek terbaru daripada Starbucks yang korang wajib cuba. Macam pelik sikit nak makan kek nangka dan mousse keju, tapi sangat worth dicuba. Tak sangka kombinasi rasa nangka dan keju akan sedap.

Muffin Ondeh-Ondeh
RM8.20

Tahun-tahun lepas, muffin ondeh-ondeh ni ramai betul yang suka. Hari-hari mesti habis. Tahun ni, muffin kegemaran orang ramai kembali semula. Muffin ni diinspirasikan oleh kuih tradisional yang ada kombinasi rasa pandan, kelapa dan Gula Melaka.



Tahun ini, Kad Aidilfitri Starbucks pun unik. Kad edisi terhad ini memaparkan kombinasi corak, lapisan dan bentuk geomatrik. Selain tu, kat kad tu pun ada garisan bewarna perang keemasan yang membawa maksud kesucian dan keamanan.

Teringin nak kad edisi terhad sempena Aidilfitri dari Starbucks? Korang hanya perlu ke Starbucks dan tambah nilai minima RM50, dan korang boleh dapat kad tu secara percuma!


Starbucks Malaysia
Website: www.starbucks.com.my
Facebook: www.facebook.com/StarbucksMalaysia


Till then,
Salam Ramadhan

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS