Hai dan salam sejahtera korang,
1. Memula ambil daun salad sebagai tapak ssam,
2. Letakkan daging, sayur dan sos semua,
3. Tutup dan masukkan semua kedalam mulut dalam satu gigitan,
4. Sedap? Ulang lah lagi!
With love,
Siapa kat sini suka Korean BBQ? dan yang Halal di Kuala Lumpur? sekarang dah mudah sebab SeoulNami Korean BBQ dah bawa konsep dan
menu yang popular ni ke Malaysia. Outlet mereka yang pertama terletak
di The Gardens Mall je.
Peminat makanan Korea macam saya memang tak
lepaskan peluang untuk cuba menu unik, menarik dan yang baru dihidangkan di restoran ni.
Nama SeoulNami diambil dengan inspirasi dari sebuah pulau di Korea, Pulau Nami yang popular dengan Ayam BBQ dia. Senang cakap, kalau korang datang ke Pulau Nami, paling wajib kena cuba BBQ dia, kalau tak memang tak sah.
Senang je nak cari SeoulNami Korean BBQ ni sebab terletak depan escalator je. Suka dengan dekorasi dalaman dia yang nampak segar, muda dan ada environment ala-ala di Korea gitu. Paling saya excited sebab restoran ini menggunakan penyedup asap macam dalam K-drama.
Barulah boleh menikmati BBQ tanpa asap. SeoulNami Korean BBQ ni sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal. Tapi jangan risau sebab semua daging, ayam dan sumber mereka dapatkan daripada syarikat yang Halal.
Nak datang, boleh walk-in sahaja. Duduk je kat mana-mana yang korang suka. Dah dapat menu, pilih lah apa yang korang suka dan nak makan. Rajinkan diri tanya kat staff tentang apa-apa promosi pada waktu korang datang sebab SeoulNami Korean BBQ selalu buat promo.
Promosi sekarang, kalau korang beli 3 hidangan daging, korang akan dapat percuma 1 side. Boleh pilih antara Goguma on Fire (ubi keledek bakar), Charcoal Burnt Cheesecake atau Hotteok Ice Cream Sandwich. Berbaloi juga lah, jimat RM12.00.
Beef Platter (RM 119.00)
Dalam beef platter ada 3 jenis daging iaitu: Bulgogi, Beef Ribs Fingers dan Beef Belly. Untuk saya, paling suka dengan bulgogi sebab boleh rasa daging dia dan juicy. Beef Ribs Fingers pun not bad, suka sebab nipis, senang nak kunyah.
Tapi nak cakap yang beef platter ni merupakan menu yang paling saya suka makan di SeoulNami Korean BBQ. Bukan sahaja daging yang dipakai merupakan daging premium, malah cara BBQ pun menggunakan arang kayu yang menyebabkan rasa daging tu lagi kick.
Tapi nak cakap yang beef platter ni merupakan menu yang paling saya suka makan di SeoulNami Korean BBQ. Bukan sahaja daging yang dipakai merupakan daging premium, malah cara BBQ pun menggunakan arang kayu yang menyebabkan rasa daging tu lagi kick.
Berebut-rebut kami satu kumpulan nak belajar macam mana nak BBQ daging ni. Lagi best, daging ni sebab dipotong nipis, dah mudah nak grill dan tak perlukan masa yang lama pun untuk masak. Walaupun dah grill, tapi masih boleh rasa juicy dia.
Merasa
juga makan daging premiun. Kalau order ala-carte satu-satu daging ni
memang mahal, berbaloi sangat lah order platter macam ni. Kalau suka
yang mana, boleh tambah lagi sebab dah tahu rasa macam yang kita suka.
Cara nak masak daging-daging ni tak sama, grill dia pun tak sama. Nanti masa korang makan tu, akan ada staff yang akan tolong tengokkan. Lepas tu dia akan ajar juga. Pergh, nak masak daging pun ada cara. Selama ni ingatkan main campak dan angkat je.
Nah saya kasi tips macam mana nak buat ssam (sayur balutan/ bungkus) ala-ala orang Korea kalau korang makan di SeoulNami Korean BBQ:
1. Memula ambil daun salad sebagai tapak ssam,
2. Letakkan daging, sayur dan sos semua,
3. Tutup dan masukkan semua kedalam mulut dalam satu gigitan,
4. Sedap? Ulang lah lagi!
Chuncheon Chicken (RM 59.00)
Dalam set Chuncheon Chicken ni ada 3 jenis rasa perapas ayam. Ada Spicy, Sweet dan Savoury. Masa ni lah korang boleh rasa ayam dengan jenis perapas yang berbeza. Rasa dia memang lain dan unik. Paling saya suka yang spicy.
Spicy tu dia rasa pedas dan berempah sebab tu sedap. Kalau sweet pula boleh rasa dia ada campurkan dengan madu sos BBQ. Rasa manis-manis pahit lepas bakar. Untuk savoury, memang unik rasa dia sebab macam pedas-masin-manis macam tu. Semua ada.
Ayam savoury paling kena cuba sebab merupakan yang paling hot. Ayam tu diperap menggunakan resepi asli dari Korea. Pertama kali saya rasa ayam perap savoury.
Cheese lava (RM 19.00)
Setengah orang yang jenis suka makan ayam atau daging siap salut dengan keju tu, boleh la cuba. Kat sini special sebab nak masak keju dengan balutkan semua buat sendiri. Kalau tak reti boleh suruh staff sana ajarkan, then boleh la belajar.
Sedap juga makan ayam yang dibalut dengan lelehan keju ni. Rasa memang lain habis kalau kita makan macam tu je. Dah alang-alang datang tu nanti, boleh la cuba yang balut dan tak balut dengan keju. Dua-dua pun sedap dan ada rasa yang tersendiri.
Spicy Octopus (RM 39.00)
Fist Rice (RM 29.00)
Dah nama pun orang Malaysia, kalau datang restoran SeoulNami Korean BBQ yang hidangkan makanan Korea pun tekak masih nak nasi. Kang tak ada nasi tak puas pula makan. So, yang datang mencari tu, wajib cuba Fist Rice ni.
Fist Rice merupakan nasi yang digaul campur bersama dengan cebisan ayam dan rumpai laut. Cara nak makan dia, selepas gaul rata tu, buat la bulat-bulat. Bulat tu suka hati kornag nak buat besar ke kecik. Nak buat ikut besar penumbuk korang pun okay.
Fist Rice merupakan menu kegemaran saya kat SeoulNami Korean BBQ. Bukan saya je cakap sedap, malah meja kami masa makan malam haritu, siap order tambah lagi 1 sebab memang sedap.
Steamed Egg (FREE)
Bukan senang nak jumpa restoran yang nak bagi makanan percuma kan? Untuk pelanggan di SeoulNami Korean BBQ, kalau korang pesan set makanan antara daging atau ayam tadi, korang layak untuk dapat steames egg secara percuma.
Boleh la tengok macam mana staff dia masak telur steam ni. Bukan macam masak telur dadar biasa tau sebab pakai dapur lain. Sedap juga la, rasa beza daripada telur dadar kalau goreng dekat rumah.
Kimchi Trio (RM 29.00)
Pertama kali saya makan di restoran makanan Korea yang menghidangkan 3 jenis kimchi dengan tahap kepedasan dan cara masak yang sedikit berbeza. Ikut lah korang yang suka dengan rasa pedas, boleh cuba yang smoked, yang nak rasa kimchi biasa boleh cuba yang fresh.
Bagi saya, baik cuba je ketiga-tiga kimchi ni baru tahu yang mana sedap sebab rasa ketiga-tiga ni memang tak sama. Tahap pedas lain, tahap masam pun lain. Korang boleh jumpa 3 jenis kimchi ini hanya di SeoulNami Korean BBQ.
Selain kimchi, kalau datang ke restoran makanan Korea, tak sahlah kalau tak makan sekali dengan sos istimewa dia kan. Sos ini penting juga dalam pemakanan harian orang Korea sebab untuk menambahkan rasa untuk setiap gigitan.
Ada 4 jenis sos di SeoulNami Korean BBQ yang terdiri daripada Seoul Spicy Sauce, Black Pink Grind, Korean Pow Wow Ssamjang dan Roasted Injeolmi Power. Ada yang pedas kick, ada pedas tapi masam dan ada yang untuk tambah rasa masin je.
Sayur extra pun diberikan untuk makan bersama dengan hidangan yang korang pesan. Sayur dengan sos ni kalau habis boleh minta lagi tau, percuma je asal jangan membazir ya.
Untuk air pula, korang boleh cuba signature drink dia. Mudah sebab order satu je boleh kongsi dalam 3-4 orang sebab jug besar.
Out-of-This-World Lemonade (RM 24.00)
Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00)
Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00)
Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00)
Seronok makan di SeoulNami Korean BBQ sebab banyak benda boleh belajar buat sendiri. Dah pro tu, lepas ni boleh jadi oppa dengan noona Korea kan sebab dah tahu macam mana nak menikmati masakan Korean BBQ.
Nota: SeoulNami Korean BBQ kini masih dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Halal.
SeoulNami Korean BBQ
F-215, The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra,
Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.
Contact: 03-2202 3336
Facebook: www.facebook.com/seoulnamikoreanbbq
Instagram: www.instagram.com/seoulnamikoreanbbq
With love,
2 Comments