Hi dan salam sejahtera korang,
Rekabentuk The Square yang baru berkonsepkan moden dengan 3 bahagian utama didalam banggunan ini. Menarik dan uniknya lagi, disekeliling The Square direka khas dengan zink berwarna biru beralun. Simple je.
1. Ruang pejabat/ co-working space,
2. Restoran dan kafe,
3. Mesra haiwan/ pet-friendly,
4. Projek pertanian dalam bandar.
Till then,
Kalau korang yang selalu ke Jaya One, Petaling Jaya mesti pernah dengar Palm Square atau The Square. The Square ini telah beroperasi sejak dari tahun 2015 lagi dan merupakan salah satu bahagian dalam 8 projek utama di Jaya One.
Sebelum ditutup sementara, dulu The Square merupakan banggunan yang menempatkan banyak kedai dan restoran. Selalu juga digunakan untuk acara-acara kecil. Saya pun pernah hadir ke beberapa acara yang dianjurkan disini.
Wajah baru The Square, Jaya One dijangka akan dibuka kepada umum pada Disember tahun ini.
Projek menaiktaraf The Square yang dimulakan pada Mac 2018 ini menelan
belanja hampir RM15 juta dengan projek menaiktaraf fasiliti sebesar
75,000 kaki persegi. The Square dijangka akan dipenuhi dengan 45% pejabat, 40% restoran dan kafe dan 15% dengan PJ Live Arts.
Rekabentuk The Square yang baru berkonsepkan moden dengan 3 bahagian utama didalam banggunan ini. Menarik dan uniknya lagi, disekeliling The Square direka khas dengan zink berwarna biru beralun. Simple je.
Matlamat mereka simple je, nak buat satu lokasi yang ada semua dalam satu banggunan. Idea ni supaya The Square tak nampak sangat macam pusat membeli-belah. Sebab tu di The Square mereka dah rancang untuk memfokuskan 4 aspek utama untuk projek ini.
1. Ruang pejabat/ co-working space,
2. Restoran dan kafe,
3. Mesra haiwan/ pet-friendly,
4. Projek pertanian dalam bandar.
Dengar kata, deorang siap nak buat restoran makanan yang menghidangkan makanan sampai lewat malam. Sesuai sangatlah untuk mereka yang bekerja sampai lewat malam untuk makan. Takkan nak makan mamak je kan.
Preview lukisan arkitek projek. |
Preview the new The Square
Preview banggunan baru The Square, Jaya One yang sedang dalam pembinaan. Dijangka akan dibuka kepada umum pada Disember tahun ini. Sebarang pertanyaan atau nak menyewa ruang atau pejabat, boleh hubungi 012--3233563 atau email: tenant-relations@jayaone.com.my
Untuk 45% pejabat yang dibina, akan ada lebih kurang 13 pejabat dengan beberapa saiz, tergantung besar mana korang nak sewa. Lepas tu, ada lebih kurang 15 ruang kedai untuk peniaga menyewa dan menapak kat sini.
Konsep rekabentuk terbaru ini sangat sesuai untuk penyewa pejabat.
Mereka tahu permintaan untuk co-working space adalah tinggi, maka sebab
itu mereka peruntukkan 45% daripada The Square adalah pejabat dengan
pelbagai saiz dan harga sewa dengan konsep semi-furnished.
Kadar sewa untuk penyewa kat sini pun tak mahal dengan tawaran yang diberikan. Harga sewa untuk unit di tingkat 1 adalah bermula pada RM4.00 - RM5.50/ kaki persegi manakala bagi tapak di tingkat 2 adalah pada RM8.00- RM10.00/ kaki persegi.
Antara tawaran yang penyewa akan dapat adalah: Lantai cantik, lampu dan penghawa dingin. Sesuai sangat untuk syarikat yang baru nak menapak dalam Malaysia. Tak payah keluar modal banyak untuk buat renovasi.
Tingkat 1 akan menjadi lokasi kebanyakan kedai dan restoran makanan. Bagus juga buat kat tingkat 1, tak adalah nak ganggu orang yang bekerja di tingkat 2.
Antara konsep baru yang diperkenalkan di The Square adalah konsep 'pet-friendly'. Akan ada beberapa bahagian luar yang akan direka khas untuk pemilik haiwan peliharaan yang suka keluar dating dengan haiwan mereka.
Tapi perlu diingatkan ya, kawasan berhawa dingin dan tertutup adalah kawasan larangan haiwan. Korang hanya boleh bawa haiwan peliharaan tu di kawasan yang dibenarkan sahaja.
Bahagian ditingkat 2 yang akan menempatkan co-working space: Common Ground |
Dengan wujudnya banggunan yang mampu menampung 4 keperluan (ruang pejabat, restoran, pet-friendly enviranment, pertanian dalam bandar) di sekitar Jaya One, mereka berharap akan membantu untuk mengefisenkan penggunaan tenaga, elektrik, gas dan air disini.
Tahniah dan selamat berjaya saya ucapkan kepada pihak Bina Tetap Tiara Sdn Bhd. atau usaha dan idea best macam ni. Mereka akan menjadi ruang niaga mesra haiwan yang pertama di Malaysia.
Tahniah dan selamat berjaya saya ucapkan kepada pihak Bina Tetap Tiara Sdn Bhd. atau usaha dan idea best macam ni. Mereka akan menjadi ruang niaga mesra haiwan yang pertama di Malaysia.
The Square @ Jaya One
72A, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Website: www.jayaone.com.my
Facebook: www.facebook.com/jayaone
Till then,
20 Comments
Aku ni rimas sikit kalau ada anjing bergerak bebas ni