Lokasi Berbuka Puasa di Tengah Bandar Kuala Lumpur

 Hai dan Assalamualaikum korang,

Kat mana lagi port best nak berbuka kalau korang berada kat tengah-tengah Kuala Lumpur kan? Buat pulak memang dah plan nak cari baju Raya kat kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Senang cakap, mai je berbuka kat WP Hotel.

Lokasi WP Hotel yang terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur, yang lokasinya dekat dengan Jalan TAR, monorail, stesen LRT dan Sogo menjadikan hotel ini antara salah satu hotel yang paling hot untuk korang datang semasa berbuka nanti.

Kafe Lemongrass dibawah kelolaan chef yang pakar dengan masakan asli Melayu, akan menyajikan pelbagai menu dari Utara, Selatan, dan Pantai Timur Malaysia bersama-sama dengan pelbagai seleksi makanan "harus-makan" sempena dengan musim perayaan.

 

Tak sah kalau datang ke WP Hotel tapi tak singgah rooftop dia.

Buffet berbuka puasa WP Hotel akan diadakan bermula dari 23 Mei hingga 12 Jun 2018, pada jam 7.00PM sehingga 10.00PM. Untuk tiket, boleh telefon untuk buat tempahan atau walk-in saja.

Pada tahun 2018, WP Hotel menawarkan lebih daripada 70-80 menu masakan asli seluruh Malaysia untuk pengunjung mereka. Deorang percaya, orang Malaysia ni suka berbuka dengan masakan asli Melayu, selain daripada menawarkan beberapa menu dari Arab.

Kalau datang sini, wajib rasa kambing bakar dia. Sengaja saya tak ambil dengan sos blackpepper, sebab nak rasa kelembutan daging dan rempah dalam isi daging tu. Set sekali dengan nasi Briyani.Bukan fans kambing? Ayam bakar pun ada.


Antara menu masakan kampung yang saya recommend untuk korang rasa adalah seleksi makanan lauk pedas seperti Udang Sambal, Siput Masak Gulai, Kari Kepala Ikan, Patin Asam Tempoyak, dan Asal Pedas.

Jangan lupa cuba juga seleksi pilihan sayuran yang ada kat sini nanti. Banyak sayur masakan kampung akan dihidangkan. Kat mana kat kawasan Kuala Lumpur nak jumpa masakan lauk pucuk paku kan?







Jangan lupa rasa Sup Tulang Rusuk yang dihidangkan di sini. Jarang nak jumpa lokasi berbuka yang hidangkan sup tulang yang sedap macam ni. Sebagai peminat sup, 2 kali saya ambil siap makan dengan nasi putih.



Antara menu yang saya paling suka kat sini adalah Satay ayam dan daging. Suka dengan satay yang bukan macam typical satay yang lemak lebih daripada isi. Dapat rasa rempah satay dalam ayam dan daging tu, dan satay tak terlalu kering.

Kuah kacang pula, terbaik! Kuah kacang ni saya makan dengan satay, pasembur dan rojak serta bersama dengan lemang dan ketupat. Best bila makan kuah kacang yang asli, bukan rasa tepung semata-mata.

 



Ada pelbagai jenis pencuci mulut di WP Hotel yang terdiri daripada kuih-muih Tradisional, kek dan biskut, buah-buahan,  serta tak dilupakan, kaunter pencuci mulut sejuk yang mesti akan menjadi perhatian kanak-kanak, ais krim dan ais batu campur.


Harga buffet:
Dewasa RM68.00, Kanak-kanak RM34.00 .

WP Hotel
362, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur.
Contact: 03-26181188 (Ext: 3 Lemongrass Restaurant).

Love,
 

Post a Comment

19 Comments

Mek Onie said…
Onie kalau berbuka mesti akan rasa daging kambing dia tu samada juicy ke tak. Yang sedap kalau daging tu juicy kan..kalau terlalu masak sangat tak sedap gak.. and sup tulang rusuk my favourite! View dia tu sangat cantik dari rooftop.
Yanty Lee said…
Omg sis. Dah la makanan pu menyelerakan ini pila dapat peluang makan di tengah kotaraya KL. Sambil nikmati juadah enak ketika berbuka dapat juga layan view KL.
Rawlins GLAM said…
Kat tengah KL dengan harga RM68 untuk juadah berbuka? Memang mustahil! Rawlins kena ajak kengkawan try out all the delicious looking kampung food nie kat WP Hotel.
Airah Syahirah said…
Wah menariknya menu yang disediakan terliur tengok.bila tempat pun ditengah kotaraya memang best la tengok view dia.harga pun berbaloi
mama tisya said…
Siput sedut tu.. Fav.. Kambing bakar menu wajib ada kt mana2 buffet ramadhan.. Pernh stay sini.. Cantik view nmpk klcc n Kl tower tu.. Selamat berpuasa
5 Little Angels said…
The sambal udang looks delicious. I feel so hungry now and can't wait to try the ramadhan buffet here.
Huda Halid said…
Sedap yer masakan kampung di buffet ramadan WP Hotel ni.terliur dah tengok ni... sambal udnag dan siput tu favourite. makan berpinggan nasi kalau ada dua lauk tu
Betty's Journey said…
OMG, my favourite pucuk paku is there. And the Sup tulang look yum yum and suitable to consume with a bowl of hot rice. Overall the buffet look so tempting and I feel like visit the place.
Suria Amanda said…
Semua makanan tu nampak sedap betul..tgok plak time puasa ni ha..bagai mendidih perut akak..nanti kalau sempat nak berbuka la kat sini..harap sempat la booking
Wawa Ashihara said…
Pehh nampak kambing bakar dia...menyelerakan plak.. Harga dia rm68 murahnya??? Sllu jupe yg atas rm80 ke atas... Aah btul tu kbykkn org suka masakan kampung sbb jrg jumpa... Kalau western dh byk skrg nk jumpa.hehe
Mahamahu said…
Siput sedut tu nampak sedapnya selalu kita makan siput sedut masak lemak tapi ni macam masak kari jer hehehe bestnya tempat ni exclusive sangat tak mampu kita....
Bonde Zaidalifah said…
Pemandangan dekat rooftop tu cantik sangat, makanan bufet yang dihidangkan pulak tertarik dekat siput sedut tu fav... Bonde! lama tak makan.. semangkuk tak cukup kena top up semangkuk lagi he he he
Hanny Abdullh said…
Sis paling suka sup ekor dia..perghh terbayang bayang pulak bila baca entry ni. Terasa nak ke sana untuk berbuka pulak, lepas tu naik kat rooftop nak lepak-lepak tengok pemandangan KL
marshalizadotcom said…
Berminat dengan variasi makanan buffet Ramadhan dia dan.....berminat kat roof top dia. View sangat cantik!! Bahagianya dapat menikmati juadah enak di samping view malam yang indah. Nanti nak cuba la kesini jika ada rezeki nanti.
mrsliez said…
first timedgr wp hotel..lama dah tinggal akan bidang perhotelan ni.. murah jugakkan..tgk variatimakanan pun boleh tahan banyak dan namapk sedap dan menarik
Lia Hasty said…
Tengah KL ada ramadan buffet dengan harga macam ni? Memang berbaloi sukanya rooftop tu boleh tengok view KL. Hidangan makanan pun banyak dan pelbagai, nampak sedap dan menyelerakan.
Zharif Azis said…
Wahhhh bestnya WP Hotel nie Zayani. Siap boleh menikmati suasana KL di rooftop dia. Harga 68 ringgit tu murah kot utk area KL. Mesti kne terjah nie !!
AyuArjuna BiGoshh said…
Cabtiknya pemandangan darinroof top. Tapi pilihan menj dia memang banyak. Kalau turun kl boleh singgah ni
Sunshine Kelly said…
Spotted many dishes that i love, the view also looks good plus i think they are charging pretty reasonable too.

FOLLOWERS