3 Hotel Dalam Taman Terbaik di Putrajaya & Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Pernah tak rasa penat duduk dalam bandar? Macam saya, sebagai suri rumah pun kadang-kadang boring juga duduk rumah. Saya spesis outdoor people, suka keluar buat aktiviti luar, hiking, tengok permandangan hijau.

Terfikir, kat mana yang dekat dengan Kuala Lumpur, yang maksima 1 jam perjalanan untuk enjoy suasana hijau, yang boleh jalan-jalan dekatkan diri dengan alam semula jadi dan tempat yang baik untuk bersihkan minda dari bandar.

Siapa sangka, dalam negeri yang pesat membangun seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya pun ada banyak hotel dan resorts yang berkonsepkan dalam taman hijau. Berikut saya senaraikan hotel dan resorts dalam taman yang terbaik di Putrajaya dan Cyberjaya.



 1. NAFAS CUBE @ MARDI

Tahu tak korang, dalam MAEPS pun ada hotel mereka sendiri. MAEPS terkenal dengan banyak aktiviti menarik untuk semua golongan umur. Ada rumah haiwan, house of kambing dan aktiviti menarik di Laman Agro seperti aktiviti penanaman padi dan belajar tentang tumbuhan dan herba.

Bila dah penat buat aktiviti tu, check-in je di Nafas Cube. Tak payah nak balik jauh-jauh dah.

Menariknya di Nafas Cube, korang boleh pilih 3 jenis bilik untuk bermalam. Antaranya seperti kontena (muat 4 orang), tube culvert (muat 2 orang) dan kalau suka dengan cabaran, boleh tidur dalam khemah (muat 2 orang) yang menghadap ke arah tasik.

Bersama dengan En Aminuddin (Exco MTC) di Nafas Cube


Saya sempat bermalam dalam kontena yang menyediakan 1 queen bed dan 1 double-decker. Bilik kontena ini dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, cerek air dan tandas beserta air panas. Kelengkapan asas seperti tuala dan sabun mandi juga disediakan.

Korang yang jenis suka bangun pagi then nampak kehijauan tasik tu mesti tidur kat sini. Kat mana lagi kawasan Putrajaya yang korang masih lagi boleh dengar bunyi cengkerik bukan? Malam tu duduk minum teh sambil lepak kat balkoni pun dah rasa syok sangat.

 

Jujur cakap, tak pernah expect tidur dalam kontena best macam ni. Dahlah tilam dan bantal lembut, malam tu pulak memang sejuk sampai kami nak off je aircond tu. Selesanya bilik ni kalau datang satu keluarga atau dengan kawan boleh tidur disini sebab harga dia memang murah.

Nafas Cube juga ada sediakan sarapan untuk korang yang buat tempahan awal. Tapi kalau korang tak tempah dan lapar untuk sarapan, ada satu kafe di dalam MAEPS yang menjual pelbagai juadah sarapan yang sedap dengan harga yang sangat berbaloi.




Harga bilik bermula dari RM120 dan ke atas. 

Nafas Cube @ MARDI
 Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor
Contact: 03-6144 1200
Facebook: www.facebook.com/nafascube

Pulse Grande Hotel

2. PULSE GRANDE HOTEL

Pulse Grande Hotel suatu ketika dahulu dikenali sebagai Putrajaya Shangri-La. Terletak di tengah-tengah Putrajaya, hotel ini merupakan satu-satunya hotel dalam tanam yang berada di Putrajaya. Hotel ini sangat sesuai dengan orang yang suka dengan design yang moden dan sophisticated.

Jarak hotel yang dekat dengan tarikan seperti Taman Wetlands Putrajaya, Tasik Putrajaya, Jambatan Wawasan, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadikannya satu pilihan hotel yang terbaik untuk orang yang rancang untuk bercuti secara mewah di Putrajaya.



Rasa sangat bertuah sebab dapat bermalam kat sini. Ya Allah, serious bila bangun pagi macam taknak bangun je daripada katil sebab bantal dengan tilam dia lembut sangat. Bantal dia macam lembek, tapi lembut yang best. Nyenyak je tido padahal takde penat mana pun.

Dalam lift pun boleh nampak taman mini yang dibuat di aras paling bawah. Kalau korang suka feeling buka tingkap terus nampak taman, boleh minta bilik aras paling bawah. Tapi kalau nak lihat permandangan Istana Melawati, pun boleh minta bilik atas.

Cantiknya taman mini dalam hotel ni.


Hotel 5 bintang, ammenities dia lain sikit sebab lebih lengkap. Selalunya kita diberikan sabun, syampu dan berus gigi je, ni semua lengkap. Siap ada loofah (berus mandi) lagi tu. Sabun dan lotion dia pun wangi dan banyak buih. Best letak dalam bath tub.

Oh ya, untuk orang yang bertudung macam saya, seterika tu sangat penting. Bestnya di Pulse Grande Hotel, korang tak perlu susah payah nak call reception dia sebab iron dan iron board pun ada dalam bilik. Saya suka! saya suka!


Design kamar mandi pun sangat mewah

Nasib baik event habis awal malam tu. Ada lah chance nak merasa bath tub ni. Memang kalau pegi hotel memana yang ada tub mandi, saya takkan lepaskan peluang. Best wei mandi air panas dengan buih malam-malam sambil baca buku. Hampir terlelap dalam tub tu.


Dengan purata keluasan bilik seluas 40 meter persegi, Pulse Grande Hotel menawarkan pelbagai servis istimewa untuk korang yang datang menginap disini seperti infinity pool, gimnasium, sauna, steam bath, bilik aktiviti kanak-kanak dan lobby VIP.

Jangan risau kat sini internet memang berkelajuan pantas, siap ada cable line untuk laptop korang lagi tau. Yang datang bercuti tapi bekerja tu, sesuai sangat duduk hotel ni.


Infinity pool permandangan Putrajaya


Palm Cafe di Pulse Grande Hotel

Pulse Grande Hotel juga menawarkan buffet dan restoran untuk pelanggan mereka makan disini. Buffet yang dihidangkan adalah buffet sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Mereka juga menawarkan pakej untuk hari perayaan yang tertentu. 

Daripada menu masakan Melayu, sampailah kepada western dan pelbagai pencuci mulut, semua ada di kafe ni. In case korang takde mood nak makan buffet, boleh check out menu ala-carte dia.



Untuk korang yang lepak di VIP Lobby Lounge tu pun boleh buat pesanan ala-carte daripada Palm Hill Cafe. Tengoklah platting makanan tu, memang bertaraf 5 bintang! Tengok saja pun dah boleh kenyang, rasa dia mesti sedap juga.


Harga bilik bermula dari RM 297 dan keatas.

Rating di TripAdvisor:  4.0/5.0 

Pulse Grande Hotel
Taman Putra Perdana, Presint 1, 62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Contact: 03-8887 8888
Website: www.pulsegrande.com.my/pgp1

Cyberview Resort & Spa

3. CYBERVIEW RESORT & SPA

Cyberview Resort & Spa merupakan hotel yang pertama dan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang yang ada di Cyberjaya. Hotel yang dibina atas idea mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pernah dikenali dengan nama Cyberview Lodge pada suatu ketika dahulu.

Resort ini berada dalam kedudukan yang sangat strategik dan dekat dengan KLIA yang mengambil masa selama 23 minit sahaja untuk kesini. Kehijauan resort ini juga menarik minat para pencinta alam semula jadi untuk menginap disini.

Menariknya lagi, selain daripada kehijauan dan ketenangan disini, korang juga boleh bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban di bahagian lobby hotel. Ada juga permainan lain seperti catur gergasi.

Bilik Superior Challet

Bilik yang paling kecil di Cyberview Resort & Spa adalah Superior Challet yang ada 1 queen bed dan 1 single bed. Hiasan bilik berkonsepkan moden tapi masih mengekalkan elemen ala-ala hutan dengan menggunakan batang buloh dan bertemakan warna hijau putih.

Tengok bilik mandi dia. Klasik dan tenang sangat. Saya suka dengan kombinasi warna yang dipamerkan. Selain tu, bentuk lampu meja dan dinding pun rare jugak. Menarik. Kalau ada rezeki boleh datang sini lagi.

Bath tub di bilik Superior Challet

Bath tub di Deluxe Challet menghadap kolam renang.


Cyberview Resort & Spa bertaraf resort, dengan keluasan 28 ekar dan dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti spa, challet, kolam renang, ballroom, bar dan beberapa restoran makan yang popular dengan review A-star di Cyberjaya.

Kolam renang pun boleh tahan menarik. Suka dengan kaluasan kolam renang dia yang macam taman tema. Tengoklah wei, siap ada air terjun lagi. Ni kalau masuk sure susah nak keluar balik.


Satu lagi lokasi yang popular dan mesti singgah disini adalah di Sembunyi Spa. Spa ini dibuka pada  tahun 2011 dan menawarkan khidmat kecantikan dan kesihatan diri. Ye lah, dah penat bekerja dan jalan-jalan tu, datang mengurut pun sedap juga.

Dengan konsep Indo-Malay Sino, turut dilengkapi dengan kemudahan jakuzi, kolam renang air sejuk, stim dan sauna. Antara khidmat kesihatan yang jarang boleh dapat kat tempat lain dan unik adalah seperti rawatan bunyi.


Harga bilik bermula RM371 dan keatas.
*ada diskaun untuk penjawat awam*

Rating di TripAdvisor:  4.0/5.0 

Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Contact: 03-8312 7000
Website: cyberviewresort.com


Amacam? Pernah tak check-in kat mana-mana hotel terbaik di Putrajaya dan Cyberjaya yang saya nyatakan di atas? Kalau belum pernah, jom cuba sekali.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Pelancongan Malaysia/ Malaysia Tourism Council (MTC) kerana menjemput saya untuk sertai Program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur- Putrajaya, sempena dengan Hari Wilayah Persekutuan.


Till then, Make Agro-Tourism Champion!

Post a Comment

17 Comments

nikkhazami said…
bestnya kalau dapat berenang dalam inifity pool tu.
Hans Hanis said…
Nafas Cube tu nampak macam best
weschairs said…
best-best,memang menarik..
Mellya Musa said…
hi nice sharing :D nanti boleh try. btw singgah dan follow awak

mellyacrayola.blogspot.com
Syafiera Yamin said…
wow nampak macam meriah hotel-hotel yang berada di dalam cyberjaya putrajaya and so on, hahah nanti nak pergi melawat once i ada masa nak ke sana... weee :) thanks for sharing !
Mak Lin said…
Terima kasih atas perkongsian. Cantik-cantik hotel dekat sini kan. Senang rujuk sini bila naj stay dekat Putrajaya nanti ;)
Zaza Iman said…
lama gila tak pi putrajaya.. hotel2 yg ada ni memang cantik sangat.dengan pemandangan indah..kena ajak rakan2 ni pi sana sekali sekala kalau bercuti
Khir Khalid said…
Menarik.. saya mmg tertarik sgt dgn Cyberview Resort& Spa tu. Suasana nampak tenang tapi eksklusif. Nafas Cube tu pun nampaknya semakin bertambah cantik berbanding sebelum ni.. seronok juga bermalam cari inspirasi kat situ hehe.. thanks sharing :)
khalisah hazrina said…
wah besnye... semua hotelni cantik2 tapi lisa tak berkesempatan lagi nak pergi sebab putrajaya dengan rumah tak jauh sebab tu tak terfikir nak menginap di sana. tapi best juga sekali sekala escape hehhe
Bella Jamal said…
Belum pernah rasa bermalam dalam kontena. Nampak Nafas Cube tu sangat menarik. Tak pernah lagi berendam dalam infiniti pool. Mesti seronok tgk permandangan sekeliling.
Mimie said…
Paling suka Cyberview Resort & Spa..Tenang je tengok.Dekorasi bilik cantik dan kemas suka tengok,sesuai dengan suasana sekeliling. Time time cuti nanti boleh datang sini tenangkan fikiran
Suria Amanda said…
Menarik la hotel ni..x sangka dekat je kat Putrajaya...boleh la plan cuti ala-ala Agro Tourism..suka pemandangan yg menenangkan macam tu
Bonde Zaidalifah said…
Antara 3 hotel diatas, Bonde dah pernah pergi 2 diantaranya. Yang dekat Mardi tu hari tu hanya lalu dan tengok dari jauh. tak sangka menarik sekali di dalamnya teringin nak tengok dari dekat pula he he he.
Mawardi Yunus said…
semua tak pernah berpeluang stay lagi. yang nafas cube tu pernah pergi tapi tak stay pun. tapi memang menariklah. tq for the info
Elya Roza said…
best2 hotel kt situ..suka dgn cyberview tu...
and lg satu ade satu yg viral kat cyber tu .. lupa apa nama die.. dashbox eh ..
ntah laa..lupa pulakk
Bro Framestone said…
Pernah pergi Nafas Cube je.. yang lain belum pernah lagi.. Maybe boleh masuk dalam list hotel untuk bercuti pada tahun nie
HALIMAH BINTI MUHIDEN said…
Kak tak pernah lagi bermalam di hotel area cyberjaya..kalau tgk pada view hotel2 tu mmg best

FOLLOWERS