Baru-baru ini saya mengalami sakit pinggang dan lutut yang agak teruk sampai satu masa tu kaki rasa sakit dan kebas sangat. Sakit sampai kadang-kadang suami urutkan pun tak ok jugak. Sebab tu saya mencari pusat rehabilitasi macam ni.
Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Petaling
Jaya memang berpengalaman dalam membantu pelanggan mereka yang mengalami
masalah kaki dan pakar dalam occupational therapy, rehabilitasi
sukan, prosthetics, podiatry, orthotics dan fisioterapi.
Sunfeet International Rehabilitation Centre diasaskan oleh Mr. Lee Joo Wee demi memenuhi impian bapanya, Mr. Lee Yi untuk mewujudkan satu pusat orthotics dan prosthetics untuk membantu pesakit yang mengalami masalah musculo-skeletal dan kecacatan fizikal.
Sunfeet kini diuruskan oleh Dato' Dr. Edmund Lee yang telah membantu Sunfeet terkenal dengan gelaran "Orthotics & Prosthetics Expert" dan merupakan satu-satunya perniagaan yang diuruskan oleh 3 generasi keluarga sejak dari tahun 1978 hingga kini.
Saya berjumpa dengan pakai Orthotics, Dato Dr. Edmund Lee, yang juga merupakan pengasas jenama MyORTHO, jenama khas untuk penjagaan kaki pada tahun 2010. Memang bertuah jumpa dengan specialist yang berpengalaman.
Selepas konsultasi dan ceritakan masalah sakit yang saya hadapi, maka saya disarankan untuk melakukan diagnosis kaki dengan menggunakan mesin '3D Scanning'. Senang dan tak sakit pun nak buat check kaki rupanya. As easy as 1-2-3.
Mesin 3D Scanning akan memberikan analisa kaki kita, dengan pengiraan berdasarkan bentuk dan berapa banyak tekanan yang kita berikan di kaki kita. Ketepatan scanning ini boleh mencecah hingga 85% dan keatas.
Bila dah dapat keputusan analisa kaki, baru tahu yang sebenarnya alignment kaki saya tak betul. Sebelah kanan normal, tapi kaki kiri terlebih arch/ lengkungan. Itu yang buat sakit. Suami pun cuba scanning ni, dan tahu yang kaki dia severe-flat. oh, itulah punca dia kadang-kadang dia sakit kat bahagian tapak kaki.
Daripada keputusan analisa kaki tu, Dr. Edmund akan bagi tahu solusi apa yang sesuai untuk keadaan kaki saya. Dr. Edmund sarankan untuk saya gunakan orthotics untuk membetulkan kecacatan alignment pada kaki saya.
Apa itu Orthotics?
Alat orthotis merupakan alat bantuan yang dibuat untuk membantu menyelaraskan kaki dan pergelangan kaki supaya mencapai kedudukan anatomi yang betul. Alat ini selalu digunakan untuk memperbetulkan masalah kaki yang tak sama sekaligus mengurangkan ketidak-selesaan.
Orthotics insoles, (tapak kasut orthotics) akan dibuat khas mengikut kaki kita disini. Proses untuk buat tapak kasut tu pun sekejap je. Sunfeet International menggunakan teknik Plaster of Paris (POP) suspension cast untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.
Dalam 10 minit dah dapat hasil acuan kaki ni. Dari acuan inilah tapak kasut orthotics akan dibuat. Custom-made untuk kita. Lagi best, bila dapatkan orthotics soles kat sini, ada warranty selama 3 tahun, siap dengan follow-up lagi tau.
Pemakaian tapak kasut bantuan orthotics mampu membantu untuk menyelaraskan tulang, ligamen dan tendon di kaki supaya dapat diselarikan dengan kedudukan yang betul. Bila alignment dah betul, maka takde lah sakit tu dah.
Kemudahan yang ada di Sunfeet International Rehabilitation Centre
Dah nama rehabilitation, pusat pemulihan kenalah ada bilik latihan fizikal dan gimnasium untuk pesakit yang patah kaki atau ada kecacatan fizikal berlatih untuk berjalan. Saya lihat banyak juga alatan penting untuk yang ada di bilik ni.
Kadang-kadang ahli keluarga yang datang teman pesakit rasa bosan kan? Kat sini jangan risau sebab ada pantry yang ada banyak makanan ringan dan ada tempat bermain untuk kanak-kanak. Kalau bawa budak pun ada cerita kartun best kat sini.
Promosi sempena dengan Tahun Baru Cina 2018
Sempena dengan Tahun Bari Cina tahun 2018, Sunfeet International menawarkan pakej 'Happy Feet for Your Loved Ones' yang boleh diguna-pakai sehingga 28 Februari 2018. Pakej promosi didalam kotak istimewa ini sesuai untuk korang hadiahkan kepada keluarga atau kawan-kawan.
Promosi sempena Hari Terbuka Sunfeet pada 27 Januari 2018
Sunfeet International akan mengadakan open day pada hari Sabtu, 27/1/2018, dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Banyak aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan oleh Dato Dr. Edmund Lee, pertandingan mewarna dan promosi diskaun hingga 15% untuk barangan terpilih.
Untuk 50 orang terawal sampai pada hari ini, maka korang berpeluang untuk dapat baucar tunai sebanyak RM500 dari Sunfeet International. Boleh beli tapak kasut untuk keselesaan korang atau belikan untuk ibu bapa.
Waktu operasi:
Buka setiap hari, 7 hari seminggu
Masa: 10AM- 7PM
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939
Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational
Till then, hapy feet, happy life :)
21 Comments
Flat feet, menunjukkan yang ketidakseimbangan pada kaki Sally boleh membuatkan kaki lebih terdedah kepada masalah kaki seperti sakit tumit, sakit pada bahagian tulang punggung dan biasanya akan mengalami sakit pada lutut..huihhh...nak kena buat customize jugak utk kaki sendiri ni
www.maisarahsidi.com