Pengalaman Lasak Big Thrill - Skytrex Shah Alam

Hello dan salam sejahtera.

Dah lama sebenarnya nak datang cuba best ke Skytrex Shah Alam, dan haritu baru berpeluang untuk mencuba Big Thrill yang merupakan cabaran sederhana susah (intermediate) di  Skytrex Shah Alam, gateaway sempena ulang tahun perkahwinan kami.

Waktu operasi:

Selasa hingga Jumaat
Slot pertama: 8.30 AM
Slot terakhir: 1.30 PM

Sabtu, Ahad dan cuti umum
Slot pertama: 8.30 AM
Slot terakhir: 3.00 PM

Tutup setiap Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum terpilih.


Satu sesi selalunya boleh memuatkan dalam 25 orang. Kalau nak pergi secara kumpulan besar, dinasihatkan untuk book awal sebulan sebelum. Kalau korang pergi berdua ke, memang akan campur dengan orang lain.

Lebih baik booking secara online sebelum datang, takut nanti kalau tak ada slot kosong, nasib la korang. Lagipun, booking online lagi murah. Sebelum beli, pastikan semak semua syarat, cukup ke tak. Nasib baik tinggi aku cukup.

Kelayakan untuk masuk ke Skytrex Shah Alam adalah:
Berat maksima: 100 kg
Tinggi minima: 140 cm

Masa memula sampai tu, korang perlu letak kereta dekat parking Taman Botani Negara Shah Alam, lepas tu jalan kaki masuk beli tiket masuk taman botani. Dah beli tiket tu, nanti ada lah orang Skytrex akan tunggu korang kat situ.

Tiket masuk Taman Botani Negara Shah Alam:
Dewasa: RM3
Budak: RM1

Nak masuk ke lokasi Skytrex memakan jarak lebih kurang 3.5KM, jadi kenderaan masuk disediakan. Kalau katakan, ada kumpulan besar, bas akan disediakan, memandangkan kami kumpulan kecik ju untuk sesi hatitu, jadi kami naik la pick-up truck 4 wheel ni.


Sampai je sana nanti, mereka akan bagi masa untuk korang bersiap. Masa ni la nak pergi toilet ke apa semua. Nanti dah masuk buat cabaran Skytrex ni, mana ada toilet kat atas tu. Sewaan locker juga disediakan. Aku bawa beg galas, muat je locker paling kecik.

Locker Rental (deposit RM 10):
S: RM 2
M: RM 3
L: RM 4



Glove: RM10/ sepasang
Glove ni tak wajib pun nak beli kalau datang Skytrex Shah Alam ni, tapi kalau nak elakkan tangan melecet atau cedera terkena dengan cable, boleh la beli. Aku beli juga, buat cenderahati memandangkan dah pernah datang sini. Glove korang pergi main ice skate tak boleh ya.

Pemegang botor air: RM 15
Air mineral: RM 2
Air tin: RM 3
Sijil: RM 5


Lepas dah bersedia dan selesai semua persiapan, korang akan dibawa untuk pakai harness, harness ni yang tu aku pakai kat punggu tu. Harness kat Skytrex adalah untuk keselamatan. Ye la, korang nak panjat tinggi-tinggi, kene la ada safety. Bukan ada net kat bawah nak sambut korang.



Untuk cabaran pilihan aku, Big Thrill - Skytrex Shah Alam, ada lebih kurang 24 cabaran yang perlu ditempuhi sampai habis, termasuklah panjat tangga, mendaki net dan flying fox. Bagi peminat flying fox, jangan risau, kat Skytrex memang banyak flying fox.

Sebelum mula, coach Skytrex akan bagi taklimat. Penting ya untuk dengar taklimat ni. Dia akan ajar korang macam mana nak pasang harness kat safety cable, macam mana nk buka untuk ke platform lain, macam mana nak panjat semua lah.

Orang tengah taklimat, boleh pula posing ya. EH!



Sebenarnya, ini baru permulaan, pun aku dah penat. Penat sebab net, kan tak stabil, dengan sempit lagi, dengan cable harness kacau lagi. Memang banyak pakai kekuatan tangan dan kaki, dan kekuatan mental juga.



Nak naik atas tu, tak digalakkan untuk bawa barang peribadi, sebab takut jatuh. Unless la korang jenis percaya pada diri sendiri, bawak je la. Macam kiteorng haritu, bawa Yicam dengan handphone aku. Camera kan penting untuk selfie. HAHA




Walaupun kami buat yang intermediate je, penat dia, memang penat sangat. Kalau orang yang fit memang tak rasa sangat. Memang balik tu, tangan kaki semua lenguh. Tapi kami berjaya selesaikan juga. Yay!

Jemput tengok video Vlog aku ke Skytrex Shah Alam.


Harga Big Thrill - Skytrex Shah Alam:
Online: RM45
Walk-in: RM50

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam.
Email: skytrex@skytrex-adventure.com
Website: www.skytrex-adventure.com
Facebook: Skytrex Adventure
Instagram: skytrexadventure

Post a Comment

14 Comments

Absolute Yana said…
Seriously I really want to give this place a try..mane la tahu..kot kot can overcome my fear..
Shiv B said…
Great photos dear and it must have been such a wonderful experience too. Cheers to the share - will certainly check it out.
Jane said…
Nampak challenging sangat. Nak bawa budak pergi cuba nanti.
Em said…
A memorable bonding time with family/friends. I remember my own wonderful visit to SkyTrex!!
Crappy Blogger said…
I am curious. The entrance fee is RM 45.00 including the items you have purchased or it is add up?
Zayani Zulkiffli said…
No. Have to add on if you wanted o buy the item.
Zayani Zulkiffli said…
It was a memorable if we go with the loves one! Haha.
Zayani Zulkiffli said…
Budak-budak boleh buat yang level 1 punya, yang itu still challenging, sesuai for kids.
Anonymous said…
one day i will try! just didnt have the chance :(
Sunshine Kelly said…
Best kan! I saw few of my friends went and the feedback are good.
Shub said…
Must be thrilling experience...Your photos are awesome!
PR Daily PH said…
Well that sounds a load of fun, this is perfect for someone who loves outdoor activities like myself. Thanks for sharing!

Mhaan <3 | Mommy Rockin' In Style - Beauty and Mommy Blog
Zayani Zulkiffli said…
The instructors are really helpful. I think you should be okay :D
Linda said…
Never been there before. Looks adventurous and fun.

FOLLOWERS