Resepi : Puding Roti Susu Berkismis

Hai korang

Dah lama saya tak buat resepi kan. Haritu kat ofis, sedang bosan², tetiba membe ada idea nak buat something, nak buat PUDING ROTI. Bende ni kiteorang penah buat dulu masa belajar kat kolej. Lepas set time dan beli barang, keesokan harinya kiteorang pun mulakan projek ni.


Masa : 10 minit

Bahan-bahan:

(1) Roti
(2) Susu sejat / susu cair
(3) Kismis
(4) Pilihan- Gula secukup rasa
 

Cara-cara membuat :

1- Ambil roti dan carik-carikkan macam ni. Jangan besar dan jangan kecik sangat. Nanti susah nak gaul. Sila guna bekas yang lebih selesa.



2- Tuang susu sejat atau susu cair. *Pilihan: Boleh jugak pakai susu cair Dutch Lady, tapi susu tu tawar sikit, so kene tambah gula kalau nak*.


3- Gaulkan. Memang dia akan nampak lembek je. Kalau nak tau rasa die manis ke tawar, amik sikit dan rasa.


4- Lepas habis gaul sampai rata semua roti tu kene susu, masukkan kismis dan gaulkan sampai rata lagi.


5-Sediakan tray untuk bakar. Oleskan dengan butter sikit di sekeliling tray tu untuk mengelakkan daripada puding melekat ke tray. Then masukkan adunan tadi. Ratakan.


6- Masukkan dalam pembakar kek/roti selama 10 minit atau kurang. Cukup sekadar nak bagi die keras dan kering sikit. Saya pakai oven je dalam 10 minit.


7- Siap! Sila hidangkan. Korang jugak boleh taburkan gula aising. Tapi, makan macam ni pun sedap jugak :D


Selamat mencuba and have fun! ^___^

 

Post a Comment

24 Comments

assalamualaikum..fuh..letihnya berjalan baru je dapat jejak sini..hihi.

1st time jejak ni..blog sgt comey.. puding tu menarik nanti nak cuba buat gak lah..
Anonymous said…
Simple Dan Kreatif...

shafiqhashim.blogspot.com
YanaKhai said…
senang je rupenye.. blh try ni... thnks bg resepi ni :)
Wah, first time nampak resepi ni.. macam senang.
thanks ^^
fragmenbiru said…
Wah..sedapnya..

Abak follow sni...harap sdi ke blog Abak juaga..sama2 beukhuwah.. :D
Mardiah Diana said…
Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...macam sedap jer...InsyAllah akak nak cuba resepi ni...bahan pun senang dan simple jer kan dik...
@ComelComot
okay. thanks.
selamat mencuba :)
@Mizz Yana
try lah. senang dan cepat je.
@Aisya LCHAN
welcome. ni pun kawan kolej yang bg resepi. memang agak senang pun. cuba la.
KHALID said…
lorh senang je ghupenyer.. wajib cuba ni =)
Unknown said…
macam sedap je..hehe..btw,done follow sini..kat blog Za ada mini GA,jemput join.. :)
Jalan-jalan sini . emm sedapnya puding roti tu . boleh cuba ni dah lama teringin nak buat hehe ^^
Mama Darwiish said…
dap nye...pekena dengan sos kastard...hu

http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html
@Nasihaha
cuba lah. insha Allah sedap.
@Mama Darwiish
ohh. dgn sos kastard ye. tak cuba lagi ni.
simple jak rupanya..
thanks..
boleh try buat nati.. hehee

FOLLOWERS